6 Niat Bekas Kekasih

Bekas Kekasih
Bekas Kekasih

Bekas Kekasih

Bekas kekasih anda adalah orang yang pernah hadir dalam hidup anda dan berkongsi cinta dan berkasih sayang. Tidak mustahil juga bekas kekasih ini tahu latar belakang dan kisah silam anda. Ada kes yang berlaku bekas kekasih berniat jahat membuka aib dengan menyebarkan foto-foto ghairah dan seksi ketika anda bercinta satu masa dahulu dengan harapan hubungan anda dan kekasih anda sekarang berantakan.

Tatkala hubungan anda dan kekasih hati berbunga indah dan dalam perancangan untuk disatukan, tiba-tiba pula hadir pula bekas kekasih pasangan anda yang membangkitkan rasa rimas dan cemburu. Bukanlah cemburu buta, namun anda ada hak untuk rasa ragu mengenai kehadiran orang ketiga itu dan kenapa bekas kekasih pasangan anda muncul secara tiba-tiba dalam kebahagiaan anda berdua.

Ketahui 6 niat bekas kekasih pasangan anda yang tiba-tiba muncul dan juga apa reaksi pasangan anda ketika itu untuk mengelakkan hubungan anda dan pasangan anda berantakan ianya perlu diambil perhatian.

People flirting on tennis court

1. ” Pilih Aku atau dia?.. “

Jika benar hatinya seratus peratus milik anda, dia pasti akan menjadikan anda perkara utama dalam hidupnya. Justeru, jika dia sanggup berdebat dengan anda hanya kerana bekas kekasih dan sejarah silamnya itu, maka anda bukanlah kepentingan yang dia sayangi.

jealous-woman-looking-at-coulple-horiz_xdafyp

2. Perbandingan

Dia membandingkan diri anda dan bekas kekasihnya secara negatif ketika kalian berselisih faham. Ini bermakna ada sesuatu yang mempengaruhi pasangan anda pada ketika itu. Lebih-lebih lagi pasangan anda sebelum ini adalah seorang yang tidak pernah memarahi atau membanding-bandingkan diri anda dengan sesiapa pun .

Jealousy in Victorian Room Interior

3. Bekas Kekasih Terlalu Ingin Perhatian

Dia sentiasa menghubungi pasangan anda ketika senang mahupun ada bantuan yang diperlukan. Ya benar dia sudah berpisah dengan kekasih anda, namun masih bergantung harap padanya termasuklah dari segi sokongan emosi dengan menceritakan kisah yang sedih untuk meraih simpati pasangan anda.

11778057-jealous-asian-woman-fighting-for-man-in-nightclub

4. Ingin Kembali Bersama

Jika bekas kekasihnya sentiasa menghantar SMS atau Whatsapp yang mengharapkan mereka kembali berhubungan dan ‘I miss You’ tertera di hujung pesanan ini menandakan sesuatu yang tidak baik telah dirancang oleh bekas kekasih pasangan anda.

jealous-woman

5. Tiada Sebab Untuk Berkawan

Mengapa perlu berhubungan bila bekas kekasihnya itu hanya sejarah silam? Ditambah pula apabila pasangan anda seakan tidak mahu berenggang dengan bekas kekasihnya walaupun anda tidak begitu selesa dengan hubungan itu.

images

6. Penipuan

Menidakkan kebenaran adalah sebab pincangnya sesebuah hubungan. Pasangan sanggup menipu mengenai pertemuannya atau serapat mana hubungan dengan bekas kekasih. Jika hubungan itu hanya teman biasa, mengapa perlu mencipta keraguan dan pembohongan?

1

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/