6 Penyebab Sembelit

Penyebab Berak Sembelit
Penyebab Berak Sembelit

Penyebab Berak Sembelit

Anda kerap mengalami masalah sembelit? Tahu tak anda, apa sebenarnya penyebab masalah susah nak berak ini? Sebenarnya banyak sekali punca yang menjadi penyebab sembelit ini. Secara normal, kita akan membuang air besar pada setiap hari atau sekali dalam dua hari. Tekstur dari fesses yang normal juga tidak begitu keras dan juga tidak terlalu lembik. Apabila anda mengalami kesukaran membuang air besar, ini bermakna anda perlu melihat kembali apa sahaja aktiviti yang telah anda lakukan.

Masalah sembelit ini sememangnya menjadi masalah yang sangat rumit jika tidak dicegah atau dirawat dari awal. Jangan biarkan ianya berlarutan dan pergi berjumpa dengan doktor jika terdapat tanda atau simpton awal gejala sembelit ini.

Berikut dibawah ini admin kongsikan beberapa penyebab masalah susah nak berak ini. Antaranya ialah :

1. Travelling

Selain makanan yang menjadi penyebab utama sembelit, ‘travelling’ atau berjalan-jalan dalam tempoh yang lama boleh membuatkan anda diserang sembelit. Pada ketika itu, jadual makan dan keadaan tubuh anda akan berubah. Jadi, pastikan anda makan makanan seperti bijirin atau makanan lain yang berkhasiat. Ia sangat penting untuk mencegah anda daripada sembelit.

2. Tiroid

Anda yang berhadapan dengan masalah ‘hypothyroidism’ lebih mudah mengalami sembelit. Ini adalah kerana kelenjar tiroid tidak berfungsi, sehingga menyebabkan adanya simpton dan gejala ini.

3. Stress

Inilah antara penyebab sembelit yang harus anda ketahui. Saraf enterik yang berfungsi luar biasa mengatur sistem penghadaman akan terganggu ketika anda mengalami stress. Keadaan ini akan membuatkan anda mendapat penyakit susah nak berak.

 4. Kekurangan Cecair Dalam Badan

Masalah yang satu ini memang kerap menjadi permasalah mereka yang mengalami susah membuang air besar. Ia memang menyebabkan sistem penghadaman menjadi terganggu dan akhirnya mengalami masalah susah nak berak. Minum cukup air secukupnya dan secara beransur ansur anda akan bebas daripada sembelit.

5. Mengandung

Mengandung juga boleh menjadi salah satu sebab anda mengalami masalah sukar membuang air besar. Sistem hormon dan saraf enterik akan terganggu dan menjadi penyebab sembelit. Jadi, sebab itulah anda perlu mengambil banyak makanan serat untuk mencegah masalah sembelit.

6. Kurang Bersenam

Kurang bersenam boleh mempengaruhi sistem penghadaman. Jadi, cubalah bersenam secara rutin pada setiap hari. Paling tidak pun, buat aktiviti berjalan kaki untuk mengurangkan masalah sembelit.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/