6 Peringatan Apabila Berumur 40 Tahun

keistimewaan umur 40 tahun
keistimewaan umur 40 tahun

keistimewaan umur 40 tahun

Apabila seseorang itu memasuki umur 40 tahun ia adalah satu platform untuk dirinya berubah menjadi seseorang yang lebih baik dan memberikan sepenuh tumpuan bagi mengerjakan amal ibadat kepada Allah SWT. Namun tidak semua orang boleh meninggalkan kebiasaan dan kawan-kawan yang dikenalinya dari dulu lagi walaupun umur sudah memasuki 40 tahun masih ada unsur-unsur negatif yang boleh menyebabkan dirinya kepada aktiviti tidak sihat akibat daripada pengaruh kawan-kawan itu tadi.

” Seorang hamba Muslim bila usianya mencapai 40 tahun, Allah akan meringankan hisabnya (perhitungan amalnya). Jika usianya mencapai 60 tahun Allah akan memberikan anugerah berupa kemampuan kembali (bertaubat) kepadaNya. Bila usianya mencapai 70 tahun, para penduduk langit (Malaikat) akan mencintainya. Jika usianya mencapai 80 tahun, Allah akan menetapkan amal kebaikannya dan menghapus amal keburukannya. Dan bila usianya mencapai 90 tahun, Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan dosa-dosanya yang dahulu, Allah juga akan memberikan pertolongan kepada anggota keluarganya, serta Allah akan mencatatnya sebagai tawanan perang di bumi. “ (Hadis Riwayat Ahmad)

Hadis di atas jelaslah menunjukkan Allah SWT itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang yang sentiasa memberikan peluang kepada hambaNya supaya bertaubat dan kembali ke jalan yang benar. Kali ini admin ingin kongsikan 6 peringatan bersama apabila umur memasuki usia 40 tahun.

Antaranya ialah seperti di bawah ini :

1. Istiqomah Dalam Ibadah

Abdullah bin Abbas ra. dalam satu riwayat berkata, ” Barangsiapa mencapai usia 40 tahun dan amal kebajikannya tidak mantap dan tidak dapat mengalahkan amal keburukannya, maka hendaklah ia bersiap-siap ke neraka. “

2. Menjaga Makan Dan Tidur

Umur 40 tahun merupakan masa untuk berhati-hati di dalam menjaga pemakanan dan mendapatkan waktu tidur yang cukup. Ia diibaratkan seperti waktu, kerana orang yang berumur 40 tahun mungkin sudah masuk usia senja, maka risiko-risiko mendapat penyakit yang merbahaya begitu tinggi jika tidak dijaga pemakanan dan waktu tidurnya tadi. Ini akan menjejaskan amal ibadah kepada Allah.

3. Banyakkan Bersyukur

Manusia berumur 40 tahun paling awal memiliki komitmen terhadap penghambaan diri kepada Allah SWT. Sekaligus dapat memberikan konsentrasi penuh pada apa yang dikerjakannya kerana orang yang berumur 40 tahun ini mendapat keistimewaan iaitu hisabnya diringankan.

4. Jadikan Uban Sebagai Tanda Peringatan

Jadikan uban yang tumbuh di rambut sebagai tanda peringatan yang usia kita sudah makin bertambah dan masa begitu cepat berlalu. Ramai manusia yang tertipu dengan keindahan dunia dan isinya yang bersifat sementara. Mengingati mati bukan bermakna kita akan gagal di dunia tetapi dengan mengingati mati kita akan menjadi insan yang berjaya di dunia dan di akhirat.

5. Meningkatkan Daya Spiritual

Menjelang usia 40 tahun seseorang itu hendaklah memperbaharui taubat dan kembali ke jalan Allah dengan melakukan amal ibadat bersungguh-sungguh dengan menginsafi diri kerana pada usia 40 tahun ini manusia benar-benar meninggalkan masa mudanya yang penuh dengan dosa dan beralih menjadi seorang hamba Allah yang taat.

6. Teguhkan Tujuan Hidup

Pada usia 40 tahun adalah usia matang untuk seseorang itu bersungguh-sungguh memperteguhkan tujuan dan matlamat hidup di dunia ini. Belajar dari pengalaman, mematangkan fikiran dan kebijaksanaan seseorang itu disamping membuang jauh-jauh kejahilan ketika usia muda.

Kesimpulannya, tidak semua orang diberikan peluang untuk bertaubat dan pulang ke pangkal jalan. Sesungguhnya hidayah itu milik Allah dan bersyukurlah jika kita mendapat kesedaran sebelum terlambat.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/