6 Perwatakan Lelaki

Perwatakan Lelaki
Perwatakan Lelaki

Perwatakan Lelaki

Nak tahu bagaimana nak menambat hati suami dengan mengenali perwatakan lelaki? Tips ini akan membolehkan anda kenali perwatakan lelaki melalui perawakan yang ada pada ciri-ciri anggota badan dan rupa paras yang boleh anda sebagai wanita kenali secara lebih mendalam dan jelas lagi.

Kaum lelaki adalah kaum yang mempunyai ego yang tinggi. Seringkali kaum ini sukar untuk diajak berbicara secara terbuka senang melenting sekiranya keupayaan mereka dipersoalkan oleh pasangan mereka. Tambahan lagi jika keupayaan yang dipersoalkan bersangkut paut dengan hal-hal di atas katil.

Oleh kerana faktor ini, kajian telah dilakukan untuk mengenalpasti perwatakan lelaki melalui rupa paras mereka.

Kenali perwatakan lelaki

1. Lelaki Yang Gemar Mewarnakan Rambut Dan Berbibir Tipis

Perwatakan lelaki golongan ini gemar mencari perhatian. Namu begitu, dalam masa yang sama dia jarang dapat memuaskan pasangannya sewaktu bersama meskipun telah bekerja keras.

2. Lelaki Bertelinga dan Berkening Lebar

Perwatakan lelaki ini memiliki tahap seksual yang tinggi serta mempunyai daya tahan yang tinggi sewaktu berhubungan. Ditambah pula dengan fesyen tanpa rambut, lelaki berkepala botak adalash seorang yang keras hati tetapi dalam masa yang sama, dia juga berhati lembut dalam sesetengah situasi.

3. Lelaki Bermata Besar

Perwatakan lelaki bermata besar selalunya berfikiran terbuka. Ini berlaku sebaliknya pada mereka yang bermata kecil dan berambut kerinting kerana golongan ini memiliki keinginan seks yang tinggi.

4. Lelaki Dengan Rambut Terurai

Kaum lelaki yang berambut terurai adalah seorang individu yang suka berfikir dan artistik dalam hubungan percintaan dan seks. Mereka ialah individu yang serius dalam bercinta. Oleh itu, sekiranya mereka jatuh cinta, dia akan menyerahkan sepenuh cintanya pada wanita yang dicintainya.

5. Lelaki Berkening Tebal Seolah-Olah Bertemu Di Tengah

Lelaki ini digambarkan sebagai sulit untuk menemui keseimbangan dalam kehidupan seksualnya. Karakternya juga dilihat sering berubah-ubah di mana, dia boleh tiba-tiba menjadi terlalu aktif atau sebaliknya. Maka tidak hairanlah sekiranya mereka lebih cenderung pada wanita yang memiliki wanita yang bersifat keibubapaan yang mampu merawat dan memberi sepenuh perhatian pada mereka.

6. Lelaki Berkening Melengkung Ke Atas

Perwatakan lelaki ini yang memiliki fizikal kening seperti ini dikatakan memiliki karakter dominan sewaktu di ranjang. Sebolehnya, mereka ingin menguasai dan menawan pasangan.

Apa yang dinyatakan di atas adalah berdasarkan kajian secara rambang yang dilakukan oleh pakar-pakar. Walaubagaimanapun, anda harus ingat bahawa apa yang diberikan di sini berkenaan perwatakan lelaki bukanlah panduan yang boleh anda jadikan sebagai rujukan lengkap untuk mengenali hati budi pasangan anda.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/