6 Petua Elak Faraj Gatal

Petua Elak Faraj Gatal
Petua Elak Faraj Gatal

Petua Elak Faraj Gatal

Apakah punca utama faraj gatal. Pernahkah anda  mengalami rasa gatal atau tidak selesa di vagina atau kawasan intim? Rasa gatal yang muncul di sekitar vagina sering dialami oleh kebanyakan wanita. Amat menyeksakan, apatah lagi jika rasa faraj gatal itu muncul ketika ada sedang berada di lingkungan ramai orang. Tidak mungkin pada ketika itu, anda menggaru, kan? Nak tak nak, terpaksalah tahan diri!

Apakah penyebab munculnya rasa gatal faraj atau pedih di vagina?

Sebenarnya ada beberapa perkara yang mungkin menjadi punca terjadinya gatal-gatal pada faraj atau pun vagina. Biasanya rasa faraj gatal ini berkait rapat dengan masalah kebersihan. Gangguan rasa faraj gatal yang terjadi pada vagina disebabkan oleh infeksi kulat dan kesan alergik. Di dalam vagina terdapat bakteria-bakteria baik yang berfungsi untuk menjaga keseimbangan pH vagina. Tetapi, disebabkan pertumbuhan bakteria yang berlebihan, dan bakteria mula mendominasi kawasan faraj, jadi rasa gatal mula terasa. Bahkan ada kalanya menimbulkan bau yang tidak menyenangkan, ‘melepuh’ (kesan seperti terbakar) dan terjadinya keputihan.

Apakah cara terbaik untuk mengubati masalah faraj gatal apabila anda sudah terkena infeksi kulat pada vagina?

Inilah 6 petua yang perlu anda lakukan untuk elakkan faraj gatal :

1. Jaga Kebersihan

Wajib menjaga kebersihan vagina serta menjaga keseimbangan pH. Keringkan setiapkali anda membuang air, agar tidak lembap dan kotor  yang boleh menjadi punca vagina.

2. Kerap Bercukur

Mencukur rerambut kemaluan secara teratur juga penting. Jika kawasan tersebut dibiarkan ‘merimbun’, lebih mudah lembab dan boleh menjadi sarang bakteria.

3. Elakkan Pakai Seluar Dalam Ketat

Hindari menggunakan pakaian dalam yang ketat dan sempit, serta pilih material yang menyerap peluh supaya peredaran udara lebih mudah terjadi. Kenakan pakaian yang sedikit longgar di bahagian lipatan paha.  Sebaiknya pilih material daripada jenis ‘cotton’.

4. Kerap Menukar Pakaian

Ganti pakaian dalam anda secara berkala. Jangan biarkan sampai 24jam tanpa diganti keran aia boleh menjadi punca vagina gatal.

5. Kurangkan Ambil Makanan Atau Minuman Manis

Salah satu punca vagina gatal selain menggunakan ubat yang dapat meredakan rasa gatal tersebut, anda juga disarankan mengurangi pengambilan gula pada tubuh. Hindari makanan atau minuman manis yang akan menggalakkan pertumbuhan ragi dalam vagina.

6. Pakai Seluar Dalam Kering

Ketika mencuci pakaian dalam, jemur di bawah sinar matahari sehingga benar-benar kering untuk membunuh organisme penyebab infeksi.

Tips Ekstra Petua Bahagia

Ramas daun sirih yang sudah dibersihkan, kemudian gosok pada kawasan yang gatal atau anda boleh juga rebus daun sirih bersama asam keeping. Biarkan mendidih dan apabila sudah sejuk atau suam bolehlah digunakan sebagai alat pembersih vagina setiap kali anda membuang air.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/