6 Petua Halau Cicak

petua halau cicak

petua halau cicak

petua halau cicak

Cicak adalah sejenis reptilia yang berdarah sejuk dan bertelur. Reptilia ini mampu memanjat dinding yang tegak dan licin. Menurut kajian yang dilakukan oleh pakar sains mendapati pada bahagian telapak kaki cicak mempunyai rerambut halus yang mewujudkan daya lekatan pada tahap nano.

Selain itu, cicak mempunyai keupayaan untuk memutuskan ekornya apabila diancam. Dengan itu, musuhnya akan terperanjat ketika ekornya yang sudah putus bergerak-gerak sementara waktu itu cicak akan melarikan diri. Namun, kehadirannya di rumah pasti tidak disenangi. Ini kerana binatang ini sering meninggalkan najisnya merata-rata dan mengotorkan dinding-dinding dan lantai rumah. Selain sering mengundang kekotoran di rumah, bunyinya yang kadang-kadang kedengaran juga sangat menganggu.

1. Campuran Air Dan Cili Api
Binatang ini sangat tidak sukakan campuran air dan cili api. Ambil 4 hingga 5 biji cili padi dan bancuhkan bersama air. Kemudian masukkan dalam botol spray. Kemudian spray di tempat laluan dan di tempat kerap ia memunculkan diri.
2. Jaga Kebersihan Rumah
Pastikan rumah anda sentiasa bersih dan kemas bagi mengelakkan kehadiran cicak.
3. Bunuh Serangga
Pastinya anda mengetahui bahawa serangga adalah makanan cicak. Jadi anda seharusnya membunuh serangga terlebih dahulu. Sekiranya rumah anda tiada serangga, pastinya cicak juga tiada!
4. Cili Kering
Gantungkan sebungkus cili kering di kawasan yang banyak cicak. Bau cili kering itu akan menyebabkan ketidakhadiran binatang yang menggelikan ini.
5. Bela Kucing
Cicak sangat takut kepada kucing, ini kerana kucing sangat suka menangkap dan menjadikannya sebagai permainan dan bukannya dimakan. Bila ianya tidak bergerak si comel ini akan membiarkan sahaja bangkainya di merata-rata tempat di rumah jadi belalah kucing untuk penyelesaiannya!
6. Kulit Telur Ayam
Binatang ini sangat alergik dengan mineral kulit telur ayam. Caranya adalah basuh dan keringkan kulit telur ayam itu dalam 2 atau 3 hari. Pecahkan pada saiz yang kecil. Letakkan di mana-mana untuk mengelakkan cicak berkunjung.
Selain 6 petua di atas, anda boleh mendapatkan khidmat pest controller untuk membasmi cicak daripada membiak di rumah anda. Namun harus diingat walaupun dengan menggunakan khidmat pest control ini 90 peratus berkesan, perbelanjaannya juga agak mahal.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/