6 Petua Hilangkan Pepijat

pepijat
pepijat

pepijat

Apa itu pepijat? Pepijat adalah serangga berbentuk bujur yang warnanya kuning atau coklat kemerah-merahan dan tak mempunyai sayap. Saiznya kecil jer antara 1 mm – 8 mm, bergantung kepada usia.

Pepijat yang kecik tu biasanya susah nak tengok sebab kulitnya telus (transparent). Tapi lepas pepijat tu dah selesai hisap darah boleh tengok badannya bertukar merah. Seekor pijat yang dah kenyang hisap darah, boleh hidup sehingga 6 bulan tanpa menjamah sebarang makanan lepas tu.  So, bayangkanlah betapa susahnya nak hapuskan pepijat nie…

Pepijat nie suka menyelit di celah-celah sofa, katil, celah dinding, lantai dan sebagainya. Tempat yang paling digemarinya ialah tilam dan bantal. Habis satu rumah boleh ‘ditakluki’ oleh serangga nie, sekali dia dah masuk melalui tilam atau sofa yang baru dibawa masuk tanpa disedari dah dihuni oleh koloni pijat. Bila dah merebak, sampai ke baju dan seluar pun leh ada pijat.

6 petua menghalau pepijat boleh dipraktikkan seperti di bawah ini :

1. Jemur Di Tempat Panas

Bila dah kena, kenalah rajin menjemur tilam dan pakaian. Sebaiknya baju dan seluar direndam dalam air suam atau air panas terlebih dahulu sebelum dibasuh.Tilam dan bantal WAJIB dijemur bawah panas matahari 2-3 kali seminggu. Kalau jemur tiap-tiap hari terbaik! Tepuk-tepuk atau tumbuk dan ‘kungfu’ tilam dan bantal bucuk yang dijemur tu untuk ‘menggugurkan’ askar-askar pepijat yang bergayutan. Kalau kena sofa, pastikan juga dijemur. Kalau kulit sofa tu ‘terkoyak’ dan pijat dah bersarang kat bahagian dalam… dinasihatkan ucapkanlah ‘selamat tinggal’ kepada sofa tersebut.

2. Sembur Menggunakan Racun Serangga

Ada bilik yang lantainya dari kayu atau dinding yang dihias dengan kayu. Jika dirasakan dah dihuni pepijat, sembur seluruh bilik dan celah-celah kayu dengan ridsect atau shiledtox dan sebagainya. Sembur dengan perasaan ‘geram’ dan tutup pintu bilik rapat-rapat. Lepas sembur lebih kurang setengah jam, akan kelihatan pepijat semua keluar. Buang pepijat tu pastu dinding semua curah dengan air panas yang baru mendidih untuk matikan telur-telur dia.

3. Kulit Durian Dan Kulit Limau Nipis

Kalau rajin lagi, tutup sebarang rekahan atau lubang-lubang pada dinding dan lantai dengan ‘melting glue’. Gam yang orang guna untuk buat kraftangan atau barang hantaran kahwin tu. Cari kulit durian dan letakkan di bawah katil atau kat tempat yang dirasakan ada pepijat. Biarkan kat situ beberapa hari. InsyaAllah dalam 4-5 hari akan dapati banyak pepijat yang mati. Ada juga pepijat yang ‘lari dari rumah’ sebab tak tahan dengan bau durian tu. Bagi tuan rumah yang tak tahan dan akan pening dengan bau durian pun akan lari juga… ahaks.. Jika korang sendiri tak tahan dengan bau durian, boleh gantikan dengan kulit limau nipis. Letakkan di tempat-tempat yang dirasakan strategik.

4. Daun Durian Belanda

Selain dari guna durian. Petua yang ramai orang kata untuk menghilangkan atau menghalau pepijat dengan berkesan ialah dengan menggunakan daun durian belanda. Tapi agak susah nak dapat daunnya sebab kena cari kat Belanda.. hehe…

5. Daun Serai

Ambil daun serai dengan batang-batangnya sekali. Tumbuk-tumbuk agar hancur sedikit supaya ‘aromanya’ lebih menusuk. Letak kat bawah tilam dan katil untuk menghilangkan pepijat.

6. Kapur Barus

Beli kapur barus. Hancurkan dan tabur di bawah katil dan sebagainya. Letak juga kat celah-celah rekahan atau lubang-lubang di lantai. Pepijat akan lari sebab ‘seram’…

Kesimpulan

Kalau tak suka sembur-sembur racun serangga atau tak yakin dengan petua-petua seperti yang admin nyatakan di atas tadi boleh buat gotong-royong satu keluarga. Keluarkan semua barang dalam rumah. Cuci lantai, dinding, siling, kipas siling dan cuci semua barang yang boleh dicuci termasuklah perabot kayu dan tak kayu. Mop lantai rumah dalam tempoh berkala, 2-3 hari sekali. Lap perabot dalam tempoh berkala jugak atau sekurang-kurangnya seminggu sekali.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/