6 Petua Kesihatan Gigi

kesihatan gigi
kesihatan gigi

kesihatan gigi

Kesihatan gigi adalah antara perkara yang penting untuk kita jaga. Gigi yang tidak sihat akan menjadi penyebab kepada sakit gigi, penyakit gusi dan gigi patah. Orang melayu adalah antara bangsa yang banyak memiliki petua menjaga kesihatan diri dan petua kesihatan gigi tidak terkecuali. Penjagaan kesihatan gigi sebenarnya berkait rapat dengan faktor pemakanan, seperti makan makanan yang manis tanpa berkumur atau menggosok gigi akan menyebabkan plak terhasil dan sekaligus menyumbang kepada kerosakan gigi.

Kali ini admin ingin kongsikan 6 petua kesihatan gigi yang perlu diamalkan untuk mengelakkan kerosakan gigi dan kekal sihat :

1. Berkumur Dengan Air Garam

Petua kesihatan gigi yang pertama adalah anda berkumur dengan air garam selama dua minit untuk beri kekuatan kepada gigi. Air garam berfungsi menghakis sisa-sisa makanan dan plak yang tersembunyi di celah-celah gigi. Tetapi awas jangan berkumur menggunakan air garam terlalu lama kerana ia akan memberi kesan yang tidak baik kepada deria rasa iaitu lidah.

2. Minum Air Jus Perahan Limau Manis

Minum air jus perahan limau manis untuk menambah kekuatan gigi, memutihkan gigi dan membunuh segala kuman yang berada di dalam mulut. Kajian telah membuktikan dengan meminum air jus perahan limau manis dapat menjaga kesihatan gigi dan ianya bagus untuk diamalkan.

3. Makan Buah-Buahan Dan Sayur Sayuran Yang Mengandungi Fiber

Makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang mempunyai banyak fiber pada setiap hari. Apabila anda makan buah seperti epal, sayur kobis, ulam–ulaman dan buah pear, jus yang terhasil apabila anda gigit makanan tersebut akan memberi zat kepada gigi anda. Secara tidak langsung, gigi anda akan jadi kuat.

4. Kulit Buah Oren

Petua kesihatan gigi yang seterusnya adalah anda boleh gunakan kulit buah oren untuk memutih dan bersihkan gigi anda. Caranya adalah anda gunakan bahagian dalam kulit yang berwarna putih. Tenyehkan bahagian tersebut kepada gigi anda untuk beberapa minit. Jadikan ia amalan dengan melakukannya seminggu tiga kali.

5. Campuran Garam Dan Jus Perahan Limau

Campurkan garam dan jus perahan limau. Hasil campuran ini anda jadikan ubat gigi anda. Gosok gigi anda seperti biasa. Selepas selesai, anda bilas mulut anda dan gosok gigi menggunakan ubat gigi biasa pula.

6. Murah Senyuman

Petua kesihatan gigi seterusnya adalah anda sentiasa amalkan senyuman manis. Mimik muka orang yang murah senyuman akan menjadikan struktur gigi anda kukuh. Sebab itu orang yang sentiasa senyum memiliki gigi yang cantik.

Mempunyai gigi yang cantik menjadi idaman semua orang. Lebih berkeyakinan ketika bercakap dengan orang, bertemu klien dan sebagainya. Lebih-lebih lagi jika mempunyai sepasang gigi yang putih berseri.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/