6 Petua Kurangkan Nafsu Makan

Petua Kurangkan Nafsu Makan
Petua Kurangkan Nafsu Makan

Petua Kurangkan Nafsu Makan

Nafsu makan secara berlebihan memang sukar untuk dibendung. Tetapi sekiranya ia tidak dikawal dengan baik dan seawal yang mungkin, ia boleh mengganggu kesihatan di kemudian hari. Sememangnya nafsu makan setiap orang berbeza-beza mengikut jantina, saiz badan dan juga selera makan seseorang itu. Jika dilihat dari sudut kesihatan nafsu makan antara penyumbang masalah obesiti tertinggi di Malaysia.

Makan malam di restoran mamak sambil menikmati nasi lemak ayam goreng dan teh tarik gelas besar antara nafsu makan yang dapat dilihat seolah-olah menjadi trend masyarakat sekarang. Lebih-lebih lagi dengan demam kejohanan bolasepak Euro 2016 yang berlangsung di Perancis menjadikan rakyat Malaysia semakin ramai overnight bagi menyaksikan perlawanan membabitkan pasukan kegemaran mereka.

Justeru, di sini admin ingin kongsikan 6 tips dan panduan untuk membantu membendung nafsu makan secara berlebihan.

1. Makan Di Rumah

Makan di rumah adalah dikatakan lebih baik kerana anda terhindar dari makan dengan banyak atau mengambil makanan berkalori tinggi tanpa kawalan. Elakkan daripada keluar makan pada waktu tengah malam di restoran-restoran mamak dengan mengambil makanan berat seperti yang admin nyatakan di atas tadi.

2. Ambil Makanan Tinggi Serat

Tingkatkan jumlah serat di dalam menu makanan anda. Serat membantu membuatkan perut terasa kenyang dalam tempoh yang lebih lama. Disamping itu, kebaikan serat juga membantu sistem penghadaman dan pencernaan tubuh badan selain menjadikan badan sihat.

3. Kurangkan Makanan Manis Dan Berlemak

Kurangkan pengambilan jumlah makanan berlemak dan mengandungi gula yang tinggi kerana makanan ini antara penyumbang tertinggi kes obesiti di negara kita.

4. Jangan Makan Lewat

Jangan lewatkan waktu makan. Ia kebiasaannya akan menyebabkan nafsu makan seseorang membuak-buak dan makan secara berlebihan daripada sepatutnya bila tiba waktunya kelak.

5. Minum Air Putih

Minum air putih 8 – 10 gelas sehari. Dehidrasi atau kekurangan air dalam badan boleh menjadi penyebab nafsu makan meningkat secara mendadak.

6. Makan Sedikit

Makan dalam kuantiti kecil sebanyak 4 atau 5 kali sepanjang hari. Kaedah makan dengan cara ini dikatakan lebih baik dan dapat mencegah daripada rasa lapar berlebihan berbanding dengan makan dua atau tiga kali dalam kuantiti yang besar atau banyak.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/