6 Petua Menghalau Lipas

lipas
lipas

lipas

Lipas merupakan serangga yang di katakan ramai yang tidak menggemarinya kerana ia adalah haiwan atau binatang yang dikategorikan sebagai vektor iaitu haiwan yang kotor dan pembawa penyakit.

Lipas salah satu binatang yang menggelikan dan selalunya ia akan dipukul menggunakan penyapu, selipar dan sebagainya sehingga mati. Tahukah anda, jika binatang ini dipukul akan mendatangkan keburukan yang mana puncanya berada di bahagian isi perut lipas. Perutnya mengandungi parasit iaitu cacing halus dan lembut yang akan hidup meskipun di luar daripada tubuhnya. Bila cacing ini berada luar daripada tubuh lipas, dia akan mencari tempat baru. Cacing ini bersaiz pendek dan dapat dilihat melalui mata kasar pada jarak 10-20 cm.
Anda tidak percaya? Ia boleh dibuktikan melalui kaedah ini dengan cara meletakkan isi perutnya di atas kertas hitam atau cermin dan anda dapat lihat cacing yang keluar dari perut lipas yang meronta-ronta mencari tempat baru. Ianya sangat bahaya, jika cacing ini memasuki kulit tubuh kita terutama kaki kerana dapat masuk melalui pori-pori kulit atau bila ada luka terbuka.
Kali ini admin ingin kongsikan 6 petua menghalau lipas dari rumah anda seperti di bawah ini.
1. Daun Pandan
Letakkan hirisan daun pandan di dalam uncang tebuk uncang itu, kemudian letakkan di dalam laci atau di tempat pembiakan lipas.
2. Ubi Kentang Dan Serbuk Penaik
Kalau terlalu banyak sangat lipas, sediakan ubi kentang yang direbus dan dilecek dicampurkan bersama serbuk penaik dan gaul. Buat seperti begedel dan letak di sarangnya.
3. Buah Pelaga
Ambil beberapa biji buah pelaga dan letakkan di tempat lipas membiak.

4. Sabun Mandi

Ambil sebuku sabun mandi dan potong kecil. Kemudian letakkan ketulan kecil sabun ini di setiap kawasan yang mempunyai lipas. Biarkan sahaja dan lihat hasilnya.

5. Buah Lemon

Potong dan letakkan hirisan buah lemon di kawasan yang ada lipas dan ia akan bertempiaran lari. Selepas beberapa hari apabila lemon sudah kering, gantikan dengan lemon yang baru.

6. Timun

Ambil hujung timun atau pangkalnya dan letakkan di tempat yang ada banyak lipas. Kemudian lihat ianya akan mati.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/