6 Petua Rawat Demam Panas Anak

doa merawat demam panas
doa merawat demam panas

doa merawat demam panas

Demam panas adalah salah satu penyakit yang kerap menimpa kanak-kanak. Ini kerana faktor imun dan antibodi badan kanak-kanak yang lemah tidak seperti orang dewasa.

Justeru itu, sebagai ibu bapa tanggungjawab anda adalah untuk mengenalpasti tanda-tanda awal anak diserang demam panas dan mendapatkan rawatan yang sewajarnya. Demam panas adalah salah satu penyakit yang serius dan boleh menyebabkan sawan tarik atau kematian.

Pada artikel kali ini admin ingin kongsikan petua rawat demam panas anak seperti dibawah :

1. Sentiasa Menemani Anak

Anak yang diserang demam panas kebiasaannya memerlukan perhatian yang lebih daripada ibu bapanya. Penuhi kemahuan dan keperluan anak, dalami perasaan anak dengan mengajak dia berbual-bual dan berilah kata-kata semangat kepada anak untuk cepat sembuh.

2. Memakai Pakaian Nipis

Jika anak anda didapati diserang demam panas, pakaikan mereka dengan pakaian yang nipis dan selesa. Jangan selimutkan anak anda kerana ianya akan memerangkap haba dan meningkatkan suhu badan. Letakkan anak anda di bilik suhunya lebih sejuk sedikit.

3. Minum Banyak Air Masak

Beri anak anda minuma air masak dengan banyak, ini kerana demam panas akan meningkatkan suhu badan dan menyebabkan anak anda berpeluh atau mengalami dehidrasi. Badan anak yang mengalami dehidrasi tadi akan melambatkan proses penyembuhan.

4. Makanan Mudah Hadam

Kebiasaannya anak yang diserang sakit demam panas akan hilang selera makan namun anda sebagai ibu bapa harus memastikan perut anak anda tidak kosong. Masakkan bubur atau makanan lembut yang tidak menyakitkan tekaknya untuk menelan. Tenaga penting bagi anak anda bersemangat untuk melawan penyakit.

5. Tuam Guna Tuala Basah

Ambil tuala dan rendamkan ke dalam air, kemudian tuamkan ke seluruh badan anak anda terutama di bahagian kepala serta di bahagian pelipat seperti ketiak, celah peha dan celah kaki bagi menurunkan suhu demam panas.

6. Mandi Air Suam

Mandikan anak anda dengan air suam untuk menurunkan suhu demam panas dengan cara berendam. Air suam akan membantu badan anak anda berasa lebih segar dan demam akan beransur-ansur hilang dengan izin Allah.

doa merawat sakit

doa merawat sakit

Walau bagaimana pun ikhtiar kita untuk merawat anak daripada demam panas, pastikan anak mendapat keutamaan daripada kerja untuk dibawa ke klinik berhampiran. Pastikan di rumah anda ada alat periksa suhu badan kerana ia penting bagi memastikan kita sentiasa bersedia sekiranya anak kita sakit.

Doa Demam Panas : Nabi Muhammad SAW bersabda ; ” Demam panas adalah dari serpihan api neraka Jahannam, maka dinginkanlah dengan air. ”¬†( Sahih Al-Bukhari, No. 3023 )

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/