6 Port Lepak Lelaki Bujang

Port Lepak Lelaki Bujang
Port Lepak Lelaki Bujang

Port Lepak Lelaki Bujang

Lelaki bujang banyak menghabiskan masa dengan pergi melepak dengan kawan-kawan. Biasanya banyak masa lapang dihabiskan oleh lelaki bujang ini di tempat-tempat atau port yang tertentu. Tidak kira walaupun apa aktiviti yang anda jalankan buatlah benda yang tak berfaedah jangan sampai menyusahkan orang di luar sana kerana tanggapan masyarakat kepada lelaki bujang yang suka melepak amatlah negatif.

Nampaknya semua wanita bujang di luar sana boleh menarik nafas lega kerana admin nampak sinar harapan untuk anda menamatkan zaman solo. Tidak perlulah pandang negara luar, di Malaysia sahaja lelaki yang belum berkahwin melebihi jumlah wanita. 60.4 peratus daripada 2.5 juta daripada lelaki bujang di Malaysia masih belum berpunya. Kebanyakan lelaki bujang tidak berkahwin ini kerana keadaan kewangan yang tidak mengizinkan dan tiada calon yang sesuai.

Wah, nampaknya mereka masih mencari anda yang masih bujang di luar sana! Tetapi kenapa ramai gadis mendakwa susah untuk mencari jejaka atau lelaki bujang pada masa kini?

Itu adalah kerana anda sebagai wanita tidak tahu di mana lelaki bujang selalu berada dan melepak. Di bawah ini admin ingin senaraikan 6 port lelaki bujang selalu lepak.

1. Online

Tidak dinafikan pada zaman sekarang, lebih ramai yang gemar duduk di hadapan komputer di rumah. Oleh kerana jarang keluar bersosial, anda tidak berkesempatan untuk bertemu dengan ramai orang. Jadi, apa kata anda cari mereka di laman sosial. Anda juga harus menyertai acara-acara anjuran selebriti di alam maya seperti Twitter, kerana di situlah anda dapat menilai ‘calon-calon’ yang selalu anda lihat di laman sosial.

2. Kenduri Kahwin

Mungkin faktor anda masih sendiri adalah kerana malas untuk ke jemputan kahwin. Bak kata orang tua-tua, pergi ke jemputan kahwin itu penting bagi mereka yang bujang untuk mengambil berkat. Tetapi mengikut logiknya, di situlah ramai lelaki bujang berkumpul untuk meraikan rakan mereka yang baru sahaja mendirikan rumahtangga.

3. Gymnasium

Walaupun bukan seorang yang metroseksual, kebanyakan lelaki bujang zaman sekarang ini memang pandai menjaga badan dan kesihatan. Gymnasium merupakan tempat utama untuk mereka bersenam dan membina badan. Cubalah nasib anda dengan pergi bersenam selepas waktu pejabat, mungkin si dia yang anda cari ada di situ.

4. Stadium Bola Sepak

Rasanya semua orang tahu yang kebanyakan lelaki sememangnya suka menonton bola sepak. Sekiranya anda tidak berkesempatan untuk ke stadium, boleh berkunjung ke kedai mamak atau restoran, ia sememangnya menjadi tumpuan lelaki. Mungkin mereka tidak memberi perhatian kepada anda ketika perlawanan sedang berlangsung, tetapi tunggu sahaja tamat separuh masa pertama. Waktu rehat itu digunakan mereka untuk mencari anda juga sebenarnya.

5. Futsal

Bak kata orang, sambil menyelam minum air. Apa kata anda berkumpul ramai-ramai dengan rakan anda dan rancang untuk bermain futsal. Aktiviti sihat ini boleh mendekatkan anda dengan ramai lelaki bujang kerana gelanggang futsal menjadi tumpuan mereka, tidak kiralah pada hari minggu atau hari biasa.

6. Bazar Ramadhan

Bulan puasa ramai juga lelaki bujang yang keluar mencari juadah berbuka puasa. Maklumlah zaman sekarang susah nak cari lelaki yang pandai masak di rumah. Beli makanan di bazar Ramadhan untuk menjimatkan masa dan tenaga tetapi tidak pada poketnya. Hehehe..

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/