6 Punca Rambut Berkelemumur

Rambut Berkelemumur
Rambut Berkelemumur

Rambut Berkelemumur

Selain daripada rambut kusut dan bercabang, punca lain wanita hilang keyakinan adalah masalah rambut berkelemumur. Percaya ataupun tidak, memang ada wanita yang sanggup tidak keluar rumah dek kerana masalah rambut berkelemumur yang serius. Ianya pasti menjadi igauan ngeri kepada wanita kerana rambut adalah mahkota setiap wanita yang harus dijaga sebaik mungkin.

Jika setakat mempunyai masalah rambut berkelemumur halus yang muncul setelah seharian tidak mencuci rambut itu dikira normal, namun ada yang hingga berkuping-kuping, jadi logiklah ia mengganggu penampilan dan keyakinan diri.
Memelihara rambut daripada kelemumur tidak sukar cuma perlu rajin. Jika anda mengambil soal penjagaan rambut dan kulit kepala sambil lewa itu yang menyebabkan rambut berkelemumur, gugur dan bercabang.

Walaupun bertudung, penjagaan rambut tetap diutamakan, malah penjagaan ekstra perlu diberikan berbanding mereka yang tidak berhijab. Kulit kepala yang tertutup dalam tempoh lama mengundang peluh yang akhirnya bercampur minyak semula jadi lalu mengundang masalah kelemumur yang serius.

Setiap individu perlu peka terhadap  punca masalah ini untuk lebih memahami dan menjaga kesihatan rambut. Biasanya masalah rambut berkelemumur ini disebabkan 6 punca di bawah ini :

1. Ekzema

Penghidap penyakit kulit ekzema juga biasa mengalami masalah rambut berkelemumur. Ia tidak boleh dipulihkan sepenuhnya, namun anda boleh merawatnya agar ia tidak menjadi serius. Lebih elok jika mendapatkan nasihat doktor.

2. Psoriasis

Ada sesetengah wanita menghidapi masalah psoriasis yang merupakan sejenis penyakit kulit biasa yang menjejaskan kitaran hidup sel kulit akibat sel tumbuh dengan cepat pada permukaan kulit, membentuk sisik tebal, berkilat, gatal, kering, kemerah-merahan dan kadangkala menimbulkan rasa sakit yang berlarutan. Keadaan ini biasa berlaku di sekitar lutut, siku tetapi boleh juga berlaku pada kulit kepala.

3. Seborrheic dermatitis

Biasanya menunjukkan simptom gatal-gatal, kulit kepala berminyak atau kulit kepala kering, gatal dan berkuping. Keadaan ini disebabkan cuaca panas. Bentuk keruping disebabkan kulit kepala kering dan kurang berminyak berbanding punca-punca lain yang menyebabkan rambut berkelemumur.

4. Sensitif

Bagi wanita yang mengalami masalah sensitif pada sesetengah produk rambut akan mengalami situasi kulit kepala kemerahan dan gatal. Sebenarnya terlalu kerap mencuci rambut juga boleh menyebabkan rambut berkelemumur.

5. Jangkitan Yis Malassezia

Selain itu masalah rambut berkelemumur juga boleh disebabkan jangkitan yis Malassezia. Malassezia hidup pada permukaan kulit kepala hampir setiap individu dewasa tanpa menyebabkan sebarang masalah. Namun apabila tidak terkawal, ia akan merembeskan lebih minyak daripada folikel rambut. Ini menyebabkan iritasi pada kulit kepala dan menggalakkan lebih banyak sel kulit terhasil.

Lebihan sel kulit akan mati dan tertanggal, kemudiannya bercampur dengan minyak daripada rambut dan kulit kepala, lantas menyebabkan ia kelihatan memutih, berkuping dan jelas kelihatan pada rambut juga pakaian anda. Namun punca sebenar Malassezia tidak diketahui. Boleh jadi ia disebabkan terlalu banyak minyak pada kulit kepala, perubahan hormon, tekanan, masalah saraf seperti Parkinson, sistem imunisasi terganggu, tidak mencuci dengan kerap dan semua masalah ini menyumbang kepada kelemumur.

6. Tidak Mencuci Rambut

Bagi wanita yang jarang mencuci rambut juga mudah mendapat masalah ini. Jika anda tidak membasuh rambut dengan kerap, minyak dan sel kulit daripada kulit kepala akan terbina, lantas menyebabkan kelemumur.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/