6 Risiko Dapat Awek Cun

Awek Cun
Awek Cun

Awek Cun

Bercinta atau mempunyai awek cun ini besar risikonya. Biarpun cantik di pandang mata, namun mereka juga memiliki pelbagai kelebihan dan kekurangannya. Setiap lelaki pasti rasa bertuah jika dapat bercinta dengan awek cun. Bahkan, ada di antara lelaki yang berasa bangga dan juga puas bila berjaya berdampingan dengan awek cun.

Jika anda bercadang untuk memiliki kekasih yang tergolong dalam senarai awek cun, bersiap sedia dengan risiko yang menanti anda, antaranya:

1. Terpaksa Menelan Ego Wanita

Disebabkan terlalu bangga dengan kecantikan yang dimiliki, ramai awek cun yang mempunyai sikap ego yang sangat tinggi. Sebagai awek cun yang sering menjadi buruan atau kegilaan ramai lelaki, si dia mula berfikiran bahawa anda sudah cukup bertuah kerana berjaya memilikinya dan akan membuatkan anda tunduk pada egonya.

2. Mudah Dimanipulasi

Disebabkan dah dapat awek cun, secara automatik anda akan berusaha untuk memenangi hatinya. Anda tidak sanggup si dia berpaling kepada lelaki lain. Biasanya inilah perkara yang sering menjadi kelemahan lelaki kerana wanita akna menjadi lebih dominan dalam kehidupan cintanya. Jadi, tidak mustahil anda akan menuruti apa sahaja kemahuan ataupun permintaan daripada awek cun anda itu.

3. ‘Poket Nipis’!

Biasanya awek cun ini memang dilahirkan dengan modal yang besar. Ini adalah kerana kebanyakan awek cun gemar melakukan penjagaan diri di salon-salon kecantikan. Sebagai kekasih yang ‘gentleman’ sudah pasti anda perlu menanggung semua itu.

4. Anda Akan Rasa Rendah Diri

Saat sedang bahagia, mungkin anda akan terlupa betapa jauh berbezanya anda dengan si dia.Apatah lagi, jika anda memiliki wajah yang kurang kacak. Anda pasti akan dibanding-bandingkan dengan lelaki lain yang dianggap lebih sesuai untuk menjadi kekasih pasangan anda. Selain itu, jika si dia bukan setakat awek cun, tetapi juga kedudukannya lebih tinggi, sudah pasti ramai yang berpendapat bahawa anda hanya ingin mengikis duitnya sahaja, sedangkan semua itu tidak benar.

5. Anda Akan Jadi Paranoid dan Posesif

Walaupun anda berasa gembira kerana dapat awek cun, namun perasaan was-was jika suatu hari nanti si dia akan tertarik kepada lelaki lain. Sememangnya mempunyai awek cun boleh membuatkan anda dihantui rasa takut. Macam-macam yang akan bermain di fikiran anda, takut si dia dirampas oleh lelaki lain, takut si dia curang dan sebagainya. Ketakutan tersebut boleh membuatkan anda menjadi lebih posesif serta menimbulkan pergaduhan yang tidak boleh dihindari.

6. Mudah Cemburu

Apa yang hendak dihairankan, sudah lumrah kehidupan awek cun sememangnya ramai yang menggoda. Ianya sudah menjadi risiko buat anda yang menjadi pasangannya. Situasi inilah yang boleh membakar api cemburu anda yang mana akhirnya anda boleh bergaduh dengan mana-mana lelaki yang cuba menggoda pasangan anda.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/