6 Sebab Gagal Temuduga

Sebab Gagal Temuduga

 

Sebab Gagal Temuduga

Sebab Gagal Temuduga

Bagi pelajar yang baru lepas menamatkan pengajian dan bercadang ingin bekerja, mendapat panggilan temuduga sama ada lulus atau gagal temuduga untuk sesuatu jawatan yang dipohon pasti ianya merupakan satu pengalaman yang baru dan menyeronokkan. Namun ianya tidak semudah yang dijangkakan kerana ramai fresh graduate yang gagal temuduga kerana beberapa faktor yang mereka anggap remeh dan tidak bersedia sepenuhnya bila ditemuduga.

Seringkali kita terlupa kepada perkara-perkara kecil dalam proses menjalani temuduga dan menyebabkan kita gagal temuduga. Kadang-kadang, ia adalah permasalahan yang terlalu kecil, tetapi harus diingat, kemungkinan juga masalah kecil inilah yang sering menggagalkan kita. Melalui pengalaman, pemerhatian, mari kita kongsi bersama.

Antara kesalahan yang boleh menyebabkan anda gagal temuduga tersebut adalah :

1. Menipu

Jangan cuba menipu segala maklumat anda dalam resume, jangan juga menipu semasa dalam sesi temuduga kerana anda mungkin akan terperangkap. Untuk pastikan anda tidak gagal temuduga, elakkan daripada mengkritik majikan lama anda, rakan sekerja dan sebagainya.

2. Ekspresi Badan (Body Language)

Mata haruslah bertentang dengan panel penemuduga. Ini kerana mata tidak boleh menipu dan mata juga dapat menggambarkan keikhlasan dan kesungguhan anda. Oleh itu, sentiasa kekalkan pertentangan mata dengan panel yang memberi soalan dan pada masa yang sama sentiasa memerhatikan panel-panel yang lain. Jangan sekali-kali memperlekehkan panel-panel yang lain. Jangan sesekali mengutarakan jawapan sambil tidak bertentang mata dengan panel penemuduga sebaliknya memerhatikan keadaan sekeliling kerana faktor ini akan menyebabkan anda gagal temuduga.

3. Datang Lambat Tanpa Sebarang Notis.

Harus diingat, terlambat untuk temuduga akan menyebabkan pandangan buruk oleh bakal majikan dan sekaligus akan menutup peluang kita. Walaubagaimanapun, perkara ini dapat dielakkan sekiranya kita memberi tahu dahulu kepada bakal majikan dan penemuduga. Jika anda terlambat, telefonlah penemuduga dan mohon maaf. Anda juga boleh membuat temujanji lain jika benar-benar tidak sempat. Sudah tentu, perkara yang lebih buruk lagi adalah bila anda tidak menghadiri temuduga tanpa sebarang notis. Ini sekaligus akan menyebabkan anda disenarai hitam oleh syarikat berkenaan.

4. Kurangnya Persediaan

Dalam menghadapi proses temuduga, anda mengkaji tentang latar belakang jawatan yang dipohon dan bersedia supaya anda mampu menghadapi temuduga dengan tenang.Harus diingat, penemuduga juga mungkin akan menggunakan helah provokasi untuk melihat daya ketahanan mental anda dan bagaimana anda mengawal tekanan. Anda juga mungkin akan diperlekehkan, tapi dengan membuat persediaan,anda akan tenang dan mampu berfikir dengan cekap. Semuanya bergantung kepada jawatan yang anda pohon selalunya. Anda juga mungkin diajukan dengan soalan yang tidak sepatutnya, seperti berkaitan dengan politik, agama dan lain-lain. Anda boleh menolak untuk menjawabnya,tapi dengan cara dan penggunaan ayat yang betul.

5. Kurang Keyakinan Diri atau Lebih Keyakinan Diri

Kurang keyakinan diri akan menimbulkan pelbagai interprestasi daripada bakal majikan, anda mungkin dianggap tidak bersedia sekaligus menyebabkan anda gagal temuduga. Anda akan nampak gugup dan resah dan memberikan bakal majikan berpandangan anda cuba menutup sesuatu kelemahan atau sedang berbohong. Terlalu berlebihan yakin (over confident) juga boleh membuatkan bakal majikan kurang senang. Anda akan dinilai sebagai seorang yang besar kepala, hanya pandai bercakap dan tidak boleh melakukan kerja.

Oleh itu, semasa ditemuduga, dengar soalan dengan teliti dan cuba fahamkan. Jika anda kurang jelas atau tidak paham, tidak salah untuk meminta penemuduga untuk mengulangi soalan. Kemudian respons kepada soalan, jangan melalut atau membebel. Sebelum menjawab, fikirkan dahulu, adakah jawapan yang akan diberikan relevan, sesuai. Berhati-hati juga dengan pilihan jawapan dan perkataan yang hendak digunakan. Selain itu, untuk menunjukkan keyakinan sepanjang sesi temuduga itu anda perlulah melontarkan setiap patah perkataan anda atau jawapan dengan nada suara yang terang, yakin dan konsisten.

6. Pemakaian Yang Kurang Sesuai

Cara berpakaian dan jenis pakaian ketika menghadiri temuduga juga boleh menjadi penentu kejayaan atau gagal temuduga anda dalam sesi temuduga. Sesetengah firma amat mementingkan penampilan dan cara berpakaian para pekerjanya. Jadi sebagai persediaan menghadapi temuduga, anda bukan sahaja perlu tonjolkan bakat dan personaliti anda tetapi juga cara pemakaian. Bukan tonjolkannya dengan memakai tali leher atau stoking bewarna terang, sebaliknya pilih pakaian sesuai.

Perkara yang patut dielakkan oleh lelaki:

  • Warna pakaian (Hitam, Merah dan Berwarna-warni)
  • Jenis pakaian(Jeans, t-shirt)
  • Jenis tali leher(warna tidak sepadan dengan warna pakaian )
  • Berambut panjang dan berekor
  • Mewarnakan rambut dengan warna-warna tertentu yang menyakitkan mata

Perkara yang patut dielakkan oleh wanita:

  • Pakaian yang menjolok mata.
  • Pemakaian warna kain tudung yang tidak sesuai.
  • Warna pakaian yang garang atau striking

Tips Ekstra Petua Bahagia Ketika Menghadiri Temuduga

  • Datang awal ke tempat temuduga, sebaik-baiknya 20 minit sebelum masa yang ditetapkan.
  • Bila nama anda dipanggil, masuk dengan senyuman dan penuh keyakinan. Tips temuduga kerja ini nampak mudah, tapi ramai yang mengabaikannya. Beri salam atau ucapan “Selamat Pagi” atau” Selamat Petang” bergantung pada sesi temuduga.
  • Anda hanya duduk apabila penemuduga member izin kepada anda untuk duduk dan berikan ucapan terima kasih. Duduk dalam postur tubuh yang yakin dan tidak menyilangkan kaki.
  • Pastikan anda sentiasa menyokong dasar kerajaan. Hal ini wajib dipatuhi jika anda ingin lulus temuduga kerajaan.
  • Sentiasa menunjukkan muka yang meyakinkan dan jawab dengan yakin bagi setiap soalan yang diajukan dan jangan gelojoh untuk menjawab. Penemuduga sangat suka orang yang sentiasa proaktif, bersemangat dan yakin semasa temuduga berjalan. Selain dari menguji pengetahuan, penemuduga ingin mengetahui sejauh mana atau inisiatif anda untuk mencuba sesuatu perkara. Mereka juga ingin bersemuka dengan calon pekerja yang mempunyai kemahiran berkomunikasi dan mereka boleh membuat analisa kepada sesuatu persoalan dan isu. Komunikasi yang baik juga perlu diberi perhatian kerana ia sangat membantu.
  • Jangan bersikap pasif dan diam. Jika anda tidak tahu jawapan bagi soalan yang dikemukakan, jangan sekadar memberi jawapan, “Maaf saya tak tahu”. Sekurang-kurangnya usahakan untuk mencari jawapan dengan menerangkan sejauh mana yang anda tahu mengenai soalan yang diberi dan tunjuk usaha anda kepada penemuduga bahawa anda sanggup bekerja keras untuk mendapatkan sesuatu maklumat ataupun ilmu.
  • Tonjolkan kemahiran komunikasi anda. Penemuduga sangat suka kepada calon yang mempunyai kemahiran komunikasi yang baik.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/