Isteri Puas Seks

puas seks

Saya percaya terdapat segelintir isteri yang memendam rasa akibat tidak berasa puas seks dalam menikmati hubungan badan bersama suami masing-masing. Lebih-lebih lagi kepada pasangan suami isteri yang telah berumur dan lama berkahwin. Melalui kiriman email yang saya terima, kebanyakan mereka mengeluh tidak puas seks disebabkan suami sering cepat terpancut air mani sebelum mereka mengalami orgasme pertama.

Ada sesetengah suami yang tidak tahu sama ada isteri mereka puas seks atau tidak. Mereka beranggapan apabila terpancutnya air mani maka ianya sudah cukup memuaskan kehendak seksual lelaki dan pada masa yang sama beranggapan isteri mereka sudah merasai puas seks. Ternyata tanggapan mereka adalah salah sama sekali kerana banyak proses yang perlu dilalui untuk membuatkan wanita benar-benar telah puas seks atau mencapai tahap orgasme.

Sebenarnya, terdapat banyak faktor yang menyebabkan kenikmatan hubungan seksual suami isteri gagal kerana ada segelintir suami yang masih samar-samar mengetahui sama ada pasangannya sudah mengalami orgasme atau sebaliknya. Pendek kata, sewaktu anda sedang melakukan hubungan seks dan pada waktu tersebut jika anda merasakan 5 Tanda-tanda Isteri Puas Seks ini berlaku maka anda sudah boleh dikatakan telah berjaya menemui ‘makam” kenikmatan yang sebenar.

puas seks

KLIK DI SINI

5 Tanda-tanda Isteri Tersenyum Puas Seks adalah seperti berikut :

Keluar suara meneran dan merengek yang terlalu kuat. Ianya berlaku secara spontan.

  1. Seluruh badan tiba-tiba menjadi tegang.
  2. Tubuh badan kelihatan menggeletar.
  3. Degupan jantung dan nafas isteri semakin kencang.
  4. Kaki dan tangan merangkul dan memeluk erat suami.
  5. Di tahap paling tinggi,  tubuh badan isteri kelihatan kaku seolah-olah dia telah lemas dan tidak sedarkan diri kerana 99 bahagian nafsunya sudah menguasai diri.

Untuk pengetahuan anda, tubuh wanita sebenarnya memang lambat terangsang terutamanya diperingkat permulaan hubungan seks dan kerana itulah memereka memerlukan sedikit masa untuk mengembalikan dan mengendurkan semula otot-otot yang tegang.

Minta maaf cakaplah, memang amat menyedihkan lelaki (pengalaman sendiri) pada kebiasaannya apabila hajat sudah tercapai mereka akan meninggalkan isterinya begitu sahaja tanpa sebarang dakapan, pelukan dan belaian. Wahai suami sekalian (ingatan buat diri), belajarlah menghargai isteri dan janganlah hanya mementingkan diri sahaja. Lazimnya, wanita akan mengambil masa paling kurang 15 minit untuk kembali normal dan pada ketika inilah suami sepatutnya mengambil peluang memberikan kucupan romantis atau cukup dengan mengucapkan terima kasih kepada mereka.

Cadangan Tindakan Suami Selepas Orgasme

Wahai suami, ketahuilah isteri adalah tempat kita berkongsi segala macam perkara, zahir mahupun batin termasuklah kasih, sayang, suka, duka, rindu, dendam dan sebagainya. Hargailah isteri anda dengan belaian dan kasih sayang kerana memang menjadi fitrah wanita sukakan pujian.

Sehubungan dengan itu, dibawah ini ada beberapa cadangan untuk suami melakukan tindakan sebaik sahaja selesai melakukan hubungan seks bersama isteri :

  1. Hadiahkanlah ciuman dan kucupan kepada isteri sebagai tanda terima kasih.
  2. Peluk dan dakap isteri yang kepenatan.
  3. Baringlah di sisi atau sebelah isteri sebaik sahaja berakhirnya hubungan badan.
  4. Ambillah sedikit kesempatan berbual dan menasihat isteri tentang perkara yang kurang enak di kaca mata suami dengan cara yang berhemah.
  5. Lap dahi isteri dengan tuala untuk mengeringkan peluhnya yang keluar. Tindakan ini boleh membuatkan isteri rasa dirinya dihargai.
  6. Akhir sekali, belai isteri sambil memuji dan mengucapkan I Love U, Sayang. Sayang Sangat Hebat!

Semoga PETUA BAHAGIA mampu membantu anda dalam mengharungi kehidupan suami isteri yang bahagia. Lebih panas dan berani dalam menyebarkan infomasi kepada semua. Semoga Berbahagia Selalu..

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/