6 Tarikan Lelaki Gemuk

Tarikan Lelaki Gemuk
Tarikan Lelaki Gemuk

Tarikan Lelaki Gemuk

Kebanyakkan orang berfikir tentang negatif daripada positif tentang isu gemuk. Lelaki gemuk mudah diserang penyakit, tidak pandai berfesyen  dan susah mendapat pasangan hidup. Tapi siapa sangka ada wanita yang lebih memilih lelaki gemuk berbanding lelaki kurus.

Kegemukan adalah satu penyakit kronik yang sedang menular di kalangan masyarakat dunia dan Malaysia khususnya. 10 tahun dahulu, kegemukan hanyalah dikenalpasti sebagai faktor risiko kesihatan terutamanya untuk penyakit kardiovaskular.

Tetapi sejak lima tahun kebelakangan, masalah kegemukan ternyata adalah satu penyakit yang membawa kesan buruk terhadap kesihatan dan menyumbang kepada penyakit-penyakit serius pada individu yang terdedah kepada obesiti terutamanya penyakit jantung dan diabetes.

Kegemukan adalah satu keadaan yang kompleks di mana seseorang individu itu mempunyai lemak berlebihan. Ia adalah penyakit kronik yang memerlukan rawatan susulan berpanjangan, terapi dan perhatian yang wajar oleh pakar perubatan. Lelaki dikatakan obesiti sekiranya mempunyai kadar lemak berlebihan sebanyak 25%.

6 Tarikan Lelaki Gemuk Yang Menjadi Idaman Dan Perhatian Wanita Di Luar Sana

1. Kelakar

Mereka ini disukai kerana sikap mereka yang peramah dan mempunyai sense of humor. Melihatkan fizikal mereka sahaja kita sudah ketawa apatah lagi bila mula bersuara.

2. Boleh Menghabiskan Makanan

Jika anda tidak habis makan, jangan bimbang kerana teman lelaki anda yang berbadan besar ini boleh menghabiskan makanan anda.

3. Rasa Selamat

Mungkin fizikalnya yang besar menyebabkan wanita rasa selamat berada dengannya. Orang yang ingin ganggu pun rasa takut dengan teman lelaki anda yang punya fizikal besar itu.

4. Lebih Hangat 

Ianya menjadi alasan utama kenapa wanita lebih sukakan lelaki gemuk berbanding lelaki kurus. Lelaki gemuk akan memberikan jaketnya pada anda ketika kesejukan. Bekalan lemak di tubuhnya akan membuatkan ia lebih bertahan dalam cuaca sejuk.

5. Pipi Dicubit

Pipi lelaki gemuk yang montel itu gemar dicubit oleh wanita. Bukan sahaja pipi mereka saja jadi sasaran, bahagian perut yang gendut juga menjadi tempat untuk dicubit. Anda merasakan geram dengan pipi mereka yang comel.

6. Tidak Memilih Makanan

Satu lagi perkara yang menyenangkan bila bersama dengan lelaki gemuk ialah mereka langsung tidak cerewet dengan makanan, boleh menerima dan makan. Bayangkan jika anda sudah berumahtangga nanti, apa yang anda masak diterimanya. Mereka boleh makan apa sahaja.

Antara Punca Lelaki Gemuk?

  • Umur

Peningkatan umur akan menyebabkan kadar metabolisme menurun. Oleh itu kenaikan berat badan akan ketara walaupun tiada sebarang pertukaran dan penambahan di dalam tabiat pemakanan dalam aspek jumlah, jenis dan kekerapan.

  • Gender

Biarpun kaum wanita mempunyai lebih kebarangkalian untuk menjadi obesiti berbanding dengan lelaki, tetapi tidak mustahil bagi lelaki mengalaminya.

  • Faktor keturunan

Jika keluarga mempunyai masalah kegemukan, tidak mustahil bagi lelaki atau wanita menerimanya juga.

  • Aktiviti fizikal

Lelaki yang kurang melakukan aktiviti fizikal dan tidak menjaga pemakanan adalah sangat terdedah kepada peningkatan obesiti.

  • Faktor psikologi

Ramai lelaki yang gemar melepak selepas bekerja dan makan berlebihan apabila menghadapi tekanan atau mempunyai ketidakstabilan emosi.

  • Penyakit

Walaupun tidak kerap, kegemukan boleh berlaku kepada pesakit yang mempunyai penyakit hypothyroidism, kemurungan atau penyakit di bahagian otak yang menyebabkan pesakit makan berlebihan.

  • Ubat-ubatan

Ubat seperti steroid atau ubat untuk merawat kemurungan boleh menyumbang kepada obesiti.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/