6 Tips Atasi Gatal Celah Kelengkang

Tips Atasi Gatal Celah Kelengkang
Tips Atasi Gatal Celah Kelengkang

Tips Atasi Gatal Celah Kelengkang

Adakah anda mengalami masalah atau sering gatal di celah kelengkang? Jika ya jangan digaru kerana ianya akan menyebabkan kulit melecet dan yang lebih memburukkan keadaan lagi boleh menyebabkan masalah kurap. Selain tidak elok dipandang mata yang melihatnya, menggaru celah kelengkang juga boleh membuatkanya melecet, luka serta menambahkan lagi rasa gatal.

Kuman dan kulat adalah penyebab utama munculnya rasa gatal-gatal pada bahagian tubuh, termasuklah di celah kelengkang. Tempat-tempat lain yang sering menjadi tarikan kulat atau bakteria untuk mendiaminya adalah di mana-mana bahagian lipatan kulit.

Banyak Faktor

Banyak faktor yang mengundang rasa gatal celah kelengkang atau bahagian lipatan dalam paha. Selain berpunca daripada kulat, ia juga boleh disebabkan kerana alergi makanan yang dinikmati. Misalnya, daripada sajian telur, udang, sotong, ikan masin, ikan tongkol dan sebagainya.

Gatal-gatal tersebut juga boleh menyerang kerana keadaan fizikal atau bahagian tubuh yang kurang terjaga kebersihannya. Perkara ini berpunca daripada banyak perkara, contohnya kerana debu, air dan lain-lain lagi. Tetapi yang paling biasa terjadi rasa gatal kelengkang itu kerana  keadaan pada bahagian kelengkang yang selalu lembab sehingga membuatkan kulat dapat membiak dengan bebas.

Menjaga keadaan fizikal tetap bersih dan sihat merupakan salah satu cara untuk mencegah timbulnya rasa gatal pada mana-mana bahagian tubuh termasuk di celah kelengkang. Anda yang mempunyai daya ketahanan tubuh yang lemah, lebih mudah jatuh sakit, termasuk diserang kulat atau bakteria yang penyebab gatal.

Sekiranya anda sudah terlanjur terkena penyakit gatal celah kelengkang ini, berusahalah untuk menyembuhkannya walaupun agak sukar. Bagi anda yang sedang menderita penyakit gatal ini boleh memilih cara merawatnya, sama ada secara tradisional ataupun kimia.

Berikut dibawah ini adalah 6 tips mencegah serta merawat gatal celah kelengkang yang boleh anda cuba. 

1. Nutrisi Makanan

Menjaga nutrisi makanan untuk meningkatkan daya ketahanan tubuh agar mampu melawan segala mikroorganisma yang boleh merosakkan kesihatan kulit. Cuba berpantang atau hindari segala makanan yang boleh menimbulkan rasa gatal celah kelengkang tersebut.

2. Seluar Dalam Serap Peluh

Gunakan pakaian atau seluar dalam yang mudah menyerap peluh agar kulit pada pangkal paha tidak lembab.

3. Jangan Bertukar Tuala Dan Pakaian Luar

Bertukar tuala dan pakaian luar serta pakaian dalam selepas mandi juga boleh mengurangi risiko munculnya kulat ataupun penyebab gatal yang lain. Segera bertukar pakaian dalam jika terasa gatal, perit, pedih atau lembab bagi mencegah tumbuhnya kulat dan bakteria penyebab gatal celah kelengkang.

4. Penggunaan Asam Keping Dan Asam Kandis

Manfaatkan ubat tradisional seperti asam keping, asam kandis untuk mengatasi masalah pertumbuhan kulat tersebut.  Anda juga cuba membasuh bahagian tersebut dengan air sirih atau air garam. Basuhlah pada setiap hari sehingga rasa gatal tersebut hilang. Cara lain, anda boleh juga mengatasinya dengan menggosokkan daun sirih pada permukaan kulit yang gatal itu.

5. Sabun Antiseptik

Jaga kebersihan diri sangat penting. Mandi dengan menggunakan sabun antiseptik secara teratur boleh memerangi pertumbuhan bakteria ataupun kulat.

6. Elakkan Memakai Seluar Ketat Dan Sempit

Jangan menggunakan seluar yang ketat atau sempit, kerana ianya akan membuat kulit pada lipatan paha anda panas dan mengeluarkan banyak peluh.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/