6 Tips Atasi Sengal Badan

Atasi Rasa Sengal Badan

Atasi Rasa Sengal Badan

Atasi Rasa Sengal Badan

Ada banyak punca yang menyumbang kepada masalah sengal badan daripada cara pemakanan dan juga gaya hidup seharian seperti cara tidur, cara duduk, dan juga lain-lain. Sengal badan terjadi akibat daripada urat tersimpul, badan masuk angin dan juga sudah lama tidak bersenam dengan melakukan regangan otot-otot badan.

Mari ketahui penyebab sakit sengal badan yang terjadi kerana postur badan waktu tidur dan juga kala bekerja seharian menjadi sebab utama badan dan sendi berasa tidak selesa. Bagi anda yang bekerja mengadap komputer sepanjang masa perlu memastikan postur badan duduk di meja kerja dengan betul dan ergonomik.

Berikut dibawah ini admin bawakan 5 tips atasi masalah sengal badan.

1. Senaman Regangan

Amalkan senaman regangan. Jika anda bukan jenis yang suka bersenam, cukup sekadar membuat senaman regangan setiap jam di tempat kerja, perjalanan jauh dalam kapal terbang atau jika dalam kereta, cuba untuk berhenti berehat setiap jam supaya tubuh tidak statik pada satu posisi dalam jangka masa yang lama.

2. Cara Tidur

Selain dari itu, cara tidur juga boleh menjadi sebab anda lenguh seluruh badan. Adakalanya apabila anda beralih dan kekal pada posisi tertentu dalam jangka sama yang lama juga boleh menjadikan tubuh berasa sakit pada keesokan paginya. Dan sering berlaku apabila posisi bantal juga menggugat waktu tidur berkualiti.

3. Minum Air Halia Panas

Antara cara untuk hilangkan rasa sengal badan adalah dengan pengawalan makanan kerana gas berlebihan ini datang dari sistem penghadaman. Antara cara terbaik untuk hilangkan angin ini adalah dengan meminum air halia atau air panas. Anda juga boleh cuba air bergas tetapi dalam kuantiti sederhana sehingga hilang angin dalam badan.

4. Urutan

Satu lagi cara untuk atasi sakit sengal badan adalah dengan berurut. Mengurut dapat melancarkan kembali perjalanan darah dan mengeluarkan angin dalam badan dengan lebih efektif. Ada pelbagai cara anda boleh dapatkan urutan, sama ada minta pasangan suami atau isteri untuk bantu urut bahagian sengal atau anda perlu keluarkan sedikit perbelanjaan untuk ke spa yang menawarkan sesi urut seluruh badan.

5. Cara Pemakanan

Ada beberapa petua lain yang boleh anda amalkan untuk atasi masalah sengal badan seperti mengamalkan cara pemakanan yang lebih santai. Jika sebelum ini anda makan laju, cuba untuk ambil masa dan makan perlahan-lahan dan lebihkan mengunyah. Juga pastikan anda minum lebih banyak air kosong bagi melancarkan kembali sistem penghadaman.

6. Berbekam

Dengan melakukan bekam juga dapat membantu menghilangkan rasa sengal badan kerana dengan berbekam ianya mengeluarkan darah kotor dari dalam badan yang menjadi antara penyebab badan berasa sengal.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/