6 Tips Atasi Tidur Berdengkur

Tidur Berdengkur

Tidur Berdengkur

Tidur Berdengkur

Permasalahan tidur berdengkur bukanlah sesuatu yang kita inginkan namun atas beberapa faktor keletihan dan kepenatan antara punca utama masalah tidur berdengkur ini berlaku. Sebagai isteri anda harus memahami keadaan suami anda yang mempunyai masalah tidur berdengkur ini. Bagi mereka yang mempunyai anak yang masih kecil tidur di bilik yang sama masalah tidur berdengkur ini sememangnya menganggu tidur si kecil.

Secara amnya kita tahu bahawa tidur berdengkur terjadi atas faktor-faktor seperti badan terlalu penat, masalah rongga pernafasan yang tersekat dan pelbagai lagi. Ianya boleh mengganggu waktu tidur pasangan dan adanya sehingga menjadi punca pergaduhan antara satu sama lain hanya disebabkan masalah dengkuran yang berlaku pada suami atau mungkin isteri.

Tidur berdengkur tidak hanya tergantung pada pengambilan ubat-ubatan untuk mengatasinya, malah gaya hidup dan cara semulajadi juga perlu diubah untuk menyelesaikan masalah tidur ini.

Mari lihat 6 tips atasi tidur berdengkur yang boleh diamalkan atau dipratikkan oleh anda yang mempunyai masalah ini. Tidak salah mencuba asalkan ianya dapat membantu menyelesaikan masalah tidur berdengkur anda itu.

1. Tukar Bantal

Alergen, habuk atau hama yang berlegar di dalam kamar tidur serta di atas bantal boleh menyumbang kepada masalah tidur berdengkur. Bilakah kali terakhir anda membersihkan habuk yang tersangkut pada bahagian atas kipas bilik anda? Atau mungkin bilakah kali terakhir anda mengganti bantal yang baru?

2. Pastikan Rongga Hidung Tiada Sebarang Sekatan

Jika saluran atau rongga hidung tersumbat atau mempunyai sebarang sekatan pada liang pernafasan, ianya akan menyebabkan anda bernafas melalui mulut. Mandian panas sebelum tidur membantu untuk membuka saluran hidung. Juga simpan sebotol air larutan garam di dalam kamar mandi. Bilas rongga hidung dengan air larutan garam tersebut ketika mandi untuk membantu membuka laluan pada bahagian dalam hidung bagi memastikan anda tidak tidur berdengkur.

3. Ubah Posisi Tidur

Cuba tidur pada posisi mengiring. Elak tidur dalam keadaan berbaring kerana ketika posisi baring, lidah, dagu serta lebihan tisu lemak di bawah dagu dalam keadaan relaks dan ia menyebabkan laluan pernafasan menjadi terhad. Jadi, dengan tidur pada posisi mengiring boleh mengelakkan dari perkara ini berlaku.

 4. Kurangkan Berat Badan

Amalkan diet serta senaman agar berat tidak berlebihan. Walaupun berat tubuh hanya meningkat sebanyak beberapa kilogram lebih dari biasa, ianya sudah cukup untuk berlakunya masalah tidur berdengkur. Tisu lemak di bahagian leher boleh mengakibatkan ruang pernafasan menjadi terhad dan sekaligus mengehadkan keluar masuk udara pada tubuh.

5. Elak Ambil Minuman Beralkohol

Minuman beralkohol menyebabkan otot berehat dengan sepenuhnya lebih dari tidur malam yang normal. Ianya termasuklah membuatkan bahagian tengkuk juga turut berehat sepenuhnya lebih dari keadaan tidur biasa, yang mana ia menyebabkan masalah tidur berdengkur terjadi.

6. Praktikkan Tidur Yang Sempurna

Habit atau tabiat suka tidur lambat dan tidur yang tidak mencukupi boleh dikatakan sama impaknya seperti mengambil alkohol. Kerja lebih masa tanpa tidur yang mencukupi membuatkan otot akan berehat lebih dari biasa tatkala tidur dan sekaligus mengakibatkan masalah tidur berdengkur berlaku.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/