6 Tips Atasi Vagina Gatal

Tips Atasi Vagina Gatal
Tips Atasi Vagina Gatal

Tips Atasi Vagina Gatal

Pernahkah anda  mengalami rasa vagina gatal atau tidak selesa di vagina atau kawasan intim? Vagina gatal yang muncul di sekitar vagina sering dialami oleh kebanyakan wanita. Amat menyeksakan, apatah lagi jika rasa gatal itu muncul ketika ada sedang berada di lingkungan ramai orang. Tidak mungkin pada ketika itu, anda menggarunya, kan? Nak tak nak, terpaksalah tahan diri!

Sebenarnya ada beberapa perkara yang mungkin menjadi punca terjadinya gatal-gatal pada vagina. Biasanya rasa gatal ini berkait rapat dengan masalah kebersihan. Gangguan rasa vagina gatal yang terjadi disebabkan oleh infeksi kulat dan kesan alergik.

Di dalam vagina terdapat bakteria-bakteria baik yang berfungsi untuk menjaga keseimbangan Ph vagina. Tetapi, disebabkan pertumbuhan bakteria yang berlebihan, dan bakteria mula mendominasi kawasan vagina, jadi rasa gatal mula terasa. Malah ada kalanya menimbulkan bau yang tidak menyenangkan, ‘melepuh’ (kesan seperti terbakar) dan terjadinya keputihan.

Apakah cara terbaik untuk mengubatinya apabila anda sudah terkena jangkitan kulat sehingga menyebabkan vagina gatal?

1. Pakaian Kering

Ketika mencuci pakaian dalam, jemur di bawah sinar matahari sehingga benar-benar kering untuk membunuh organisma penyebab infeksi.

2. Elakkan Makan Manis

Salah satu punca vagina gatal selain menggunakan ubat yang dapat meredakan rasa gatal tersebut, anda juga disarankan mengurangi pengambilan gula pada tubuh. Hindari makanan atau minuman manis yang akan menggalakkan pertumbuhan ragi dalam vagina.

3. Kerap Tukar Pakaian

Ganti pakaian dalam anda secara berkala. Jangan biarkan sampai 24 jam tanpa diganti keran aia boleh menjadi punca vagina gatal.

4. Jaga Kebersihan

Wajib menjaga kebersihan vagina serta menjaga keseimbangan pH. Keringkan setiap kali anda membuang air, agar tidak lembab dan kotor  yang boleh menjadi punca vagina gatal.

5. Bercukur

Mencukur rerambut kemaluan secara teratur juga penting. Jika kawasan tersebut dibiarkan ‘merimbun’, lebih mudah lembab dan boleh menjadi sarang bakteria.

6. Pakaian Dalam Selesa

Hindari menggunakan pakaian dalam yang ketat dan sempit, serta pilih material yang menyerap peluh supaya peredaran udara lebih mudah terjadi. Kenakan pakaian yang sedikit longgar di bahagian lipatan paha.  Sebaiknya pilih material daripada jenis ‘cotton’.

Petua Tradisional

Manfaat Daun Sirih Atasi Vagina Gatal

Ramas daun sirih yang sudah dibersihkan, kemudian gosok pada kawasan yang gatal atau anda boleh juga rebus daun sirih bersama asam keping. Biarkan mendidih dan apabila sudah sejuk atau suam bolehlah digunakan sebagai alat pembersih vagina setiap kali anda membuang air.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/