6 Tips Bateri Telefon Tahan

Bateri Henpon Tahan Lama
Bateri Telefon Tahan Lama

Bateri Telefon Tahan Lama

Kehabisan bateri telefon pastinya satu situasi yang sangat memeritkan apatah lagi penggunaan telefon yang amat berkait rapat dengan hal-hal kerja dan aktiviti jual beli di dalam talian. Bagaimanakah caranya untuk kita mencari jalan atau alternatif menyelesaikan masalah kehabisan bateri telefon ini untuk tahan lebih lama lagi?

Boleh dikatakan rakyat Malaysia merupakan di antara penduduk dunia yang agak maju dari segi teknologi. Rata-rata menggunakan telefon pintar sehinggakan kanak-kanak yang berusia seawal setahun juga memiliki tablet sendiri. Untuk pastikan bateri telefon tahan lama bukanlah sesuatu yang mudah lebih-lebih lagi jika telefon tersebut kerap digunakan untuk menelefon klien, ber SMS, WhatsApp dan online Facebook sudah tentu menggunakan tenaga bateri yang banyak.

Mari kita lihat 6 tips untuk bateri telefon tahan lama ketika anda berada di luar atau di tempat kerja yang sememangnya susah untuk dapatkan charger handphone.

1. Elakkan Tempat Panas

Sekiranya anda baru membeli telefon yang menggunakan bateri Lithium Ion, jangan dedahkannya di tempat yang panas kerana ia akan membuatkan bateri telefon anda cepat habis di masa akan datang. Bateri telefon jenis ini akan mengeluarkan tenaga dengan cepat sekiranya terlalu panas. Kalau boleh elakkan meletakkan telefon anda di bawah cahaya matahari dan jangan simpan di dalam poket sekiranya seluar anda terlalu ketat.

2. Aplikasi

Anda gemar memuat naik aplikasi yang anda gunakan sekali dalam sebulan atau tidak gunakan langsung! Walaupun anda tidak menggunakannya secara langsung, ia masih lagi memakan bateri telefon dan membuatkannya cepat habis. Jika anda sudah habis menggunakan sesuatu aplikasi, pastikan anda betul-betul keluar daripada aplikasi tersebut atau ia akan terus berjalan walaupun ia tidak terpampang pada skrin telefon.

3. GPS

Sememangnya aplikasi GPS menggunakan banyak bateri telefon. Bukan sahaja sewaktu anda sedang memandu mencari tempat yang dituju, malah jika anda menggunakan laman sosial dan menghidupkan aplikasi GPS yang menyatakan di mana anda berada, ia tetap menggunakan bateri telefon yang banyak. Apa kata anda tutup aplikasi lokasi di laman sosial anda dan kurang-kurangkanlah update ‘check-in’ di tempat-tempat yang tidak sepatutnya.

4. Notifikasi

Setiap kali sekiranya gambar anda dikomen atau disukai oleh rakan-rakan di laman sosial, notifikasi akan dihantar kepada anda. E-mel juga akan dihantar sekiranya tetapan akaun laman sosial anda sebegitu. Setiap kali versi baru aplikasi dikeluarkan, notifikasi juga akan dihantar agar anda mendapatkan versi yang terbaru untuk aplikasi yang anda gunakan. Semua notifikasi ini memerlukan penggunaan bateri  telefon yang banyak dan kami nasihatkan anda tetapkan telefon pintar anda ke kadar notifikasi yang paling minimum untuk membuatkan bateri telefon anda tahan lebih lama.

5. Airplane Mode

Oleh kerana telefon anda terlalu ‘pintar’, ia akan cuba mencari servis perkhidmatan walaupun di kawasan yang sememangnya tiada servis dan ini memakan bateri telefonn anda. Jadi sekiranya anda berada di dalam hutan, di tengah laut atau di kawasan yang sememangnya anda tahu tiada servis perkhidmatan, tetapkan handphone anda kepada ‘airplane mode’.

6. Power Bank

Cara yang paling berkesan untuk bateri telefon anda tahan lama, sentiasa bawak 2-3 Power Bank ketika mengembara atau pun travelling. Dengan adanya Power Bank anda tidak perlu hiraukan 5 tips di atas tadi walaupun ianya menyebabkan berlakunya pembaziran tenaga.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/