6 Tips Dapatkan Anak Kembar Sepasang

Anak Kembar
Anak Kembar Sepasang

Anak Kembar Sepasang

Fakta sememangnya menyatakan bahawa mendapat anak kembar sepasang adalah bergantung pada beberapa faktor. Ianya termasuklah rawatan kesuburan, keturunan, umur, genetik, dan jenis tubuh. Segalanya memainkan peranan dalam meningkatkan peluang tersebut.

Majoriti pasangan suami isteri menginginkan anak kembar sepasang dan sanggup melakukan apa sahaja untuk meningkatkan peluang yang mungkin mustahil bagi sesetengah orang. Ianya tidak salah untuk memasang impian kerana siapa tahu ia boleh jadi kenyataan?

Tetapi, ada cara lain yang mungkin anda boleh cuba untuk mendapatkan anak kembar sepasang dalam salasilah keluarga meskipun tidak ada genetik anak kembar sepasang dalam darah dan keturunan keluarga anda. Siapa tahu rezeki itu milik kita dan ikhtiar.

1. Hamil Ketika Usia Semakin Meningkat

Walaupun secara amnya kita mengetahui bahawa wanita yang sudah berusia mempunyai kadar kesuburan yang rendah, tetapi mereka lebih mudah untuk hamil anak kembar sepasang. Wanita berusia mempunyai kadar FSH yang tinggi yang mana boleh membantu penghasilan telur yang lebih dari satu.

2. Makan Keladi Liar

Meskipun ia tidak berapa jelas adakah dengan cara ini berkesan sepenuhnya atau tidak, tetapi ianya tidak merbahaya untuk dicuba. Keladi liar mampu merangsangkan ovari dan ini boleh membantu penghasilan telur lebih banyak ketika proses ovulasi.

3. Teruskan Kaedah Penyusuan Badan

Jika anda menginginkan anak kembar sepasang dan masih lagi meneruskan penyusuan badan, usah tergesa-gesa dalam memberikan susu badan. Menurut kajian yang dilakukan kepada sepasang kembar, jika anda sedang hamil ketika memberi susu badan, peluang untuk mendapat anak kembar sepasang itu meningkat 9 kali ganda.

4. Pengambilan Suplemen Asid Folik

Satu kajian di Australia menunjukkan bahawa sesetengah wanita lebih cenderung untuk mendapat anak kembar sepasang jika mereka mengambil asid folik sebelum terbukti hamil. Sebenarnya asid folik banyak membantu dalam mengelak masalah kecacatan tiub neural, jadi asid folik sentiasa merupakan idea yang baik meskipun jika anda tidak merancang untuk anak kembar sepasang.

5. Naikkan Berat Badan

Merujuk kepada satu kajian pada tahun 2005 di dalam Obstetrics & Gynecology, wanita yang mempunyai berat badan berlebihan adalah lebih mudah untuk hamil anak kembar sepasang. Bahkan, wanita yang tinggi mempunyai peluang tinggi untuk dikurniakan anak kembar sepasang.

6. Mengambil Produk Tenusu

Wanita yang mengambil produk tenusu terutama sekali dari hormon lembu yang terawat mempunyai lima kali peluang tinggi untuk mendapat anak kembar sepasang.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/