6 Tips Elak Jalan Jammed

Tips Elak Jalan Jammed

Tips Elak Jalan Jammed

Tips Elak Jalan Jammed

Hidup di kota metropolitan pasti tidak akan terlepas daripada masalah jalan jammed atau kesesakan lalu lintas dan hiruk-pikuk yang kadangkala menjemukan. Biar apapun yang harus anda tempuh usah dibiarkan keadaan ini membelenggu hari-hari anda. Jadilah pemandu yang bijak dengan merancang perjalanan agar selamat tiba di pejabat atau tempat kerja.

Dengan sikap pengguna jalan raya yang terlalu mementingkan diri, tidak mematuhi peraturan jalan raya, tidak mahu bertolak ansur, memotong barisan dan menggunakan lorong kecemasan di lebuh raya adalah antara punca jalan jammed. Begitu juga di plaza tol, ada yang sudah kehabisan tambah nilai tetapi memandu di dalam lorong Touch & Go yang sepatutnya memudahkan pengguna jalan raya supaya dapat bergerak pantas sekaligus membuatkan kenderaan yang menunggu di belakang tersangkut dan menyebabkan jalan jammed selain kemalangan jalan raya.

1. Tenangkan Fikiran 

Menurut satu kajian yang dilakukan oleh Kementerian Sumber Manusia, kebanyakan kemalangan yang berlaku menyebabkan jalan jammed ketika perjalanan ke tempat kerja adalah akibat fikiran kusut kerana terlalu memikirkan tanggungjawab yang harus diselesaikan sepanjang hari. Tenangkan fikiran dan rancang perjalanan dengan lebih bijak.

2. Bangun Awal 

Ikut masa waktu anda bekerja. Selalunya kebanyakan kita akan mula bekerja seawal 8 pagi atau 9 pagi. Apa yang boleh anda lakukan adalah rancang dan rangka masa perjalanan agar tidak lewat tiba di pejabat. Bangun sekurang-kurangnya satu jam awal untuk bersiap dan pastikan anda keluar rumah seawal mungkin jika terpaksa melalui jalan jammed.

3. Tumpang Kawan (Carpool)

Lebih menjimatkan jika kalian berkongsi kereta ke tempat kerja. Perihal ini pasti akan memberi kelebihan dalam banyak segi selain dapat mengelakkan jalan jammed. Antaranya ialah penjimatan kos yang mana anda boleh berkongsi tanggungan seperti minyak atau tol. Hal ini juga pasti akan memberi kelebihan kepada pasangan suami isteri yang bekerja di tempat yang sama.

4. Pindah Rumah

Kawasan yang lebih dekat dengan pejabat akan membuatkan perjalanan anda menjadi lebih mudah dan lancar tanpa perlu mengadap jalan jammed hari-hari. Tips ini khusus buat mereka yang liat bangun pagi dan bersiap ke pejabat. Dengan berpindah ke kawasan yang lebih berhampiran dengan pejabat akan memberi lebih ruang dan masa untuk anda bersiap ke pejabat. Jika punya pilihan, tidak salah rasanya untuk anda tinggal serumah dengan rakan sekerja yang mana anda boleh pergi kerja bersama. Ia juga secara langsung lebih menjimatkan dari segi penggunaan petrol dan tol.

5. Alternatif 

Selain kenderaan sendiri, kita mempunyai pilihan untuk menaiki kenderaan awam yang selesa untuk mengelak jalan jammed. Apa yang pasti jika anda bekerja di sekitar kawasan Lembah Klang, kemudahan seperti komuter, Star atau Putra LRT dan monorel adalah pilihan bijak daripada menghabiskan banyak masa di atas jalan raya. Tambahan pula kebanyakan pengangkutan alternatif ini mempunyai jadual tetap yang boleh memudahkan perjalanan anda.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/