6 Tips Fahami Sikap Lelaki

Fahami Sikap Lelaki
Fahami Sikap Lelaki

Fahami Sikap Lelaki

Sejauh mana anda sebagai wanita fahami sikap lelaki yang anda sayangi? Selama anda mendirikan rumahtangga 10 hingga 15 tahun adakah anda benar benar fahami sikap lelaki atau suami anda. Sikap lelaki tidak serumit danĀ complicatedĀ sebagaimana untuk wanita fahami sikap seorang wanita lain.

Dalam hubungan kita sering meletak setinggi harapan agar pasangan menjadi seperti mana yang kita ingini. Hakikatnya tidak sebagaimana yang anda inginkan. Lalu wanita beranggapan, lelaki terlalu sukar untuk difahami. Sejauh mana kebenarannya? Mungkin fakta berikut boleh membantu anda untuk fahami sikap lelaki dengan lebih mendalam lagi.

Dibawah ini admin ingin kongsikan 6 tips fahami sikap lelaki yang mungkin anda belum tahu.

1. Lelaki Suka Memendam

Wanita berkebolehan untuk bercakap tentang sesuatu perkara yang sensitif atau meluahkan masalahnya atau apa jua yang dirasai. Selagi masalah itu tidak selesai, wanita akan terus bercerita. Namun tidak bagi lelaki. Biasanya semakin berat masalah yang ditanggung, semakin dia akan memendam dan membisu. Sama ada dia tidak mahu menyusahkan pasangan atau mungkin dia memang tidak pandai untuk meluahkannya. Disinilah wanita harus memainkan peranan bila melihat perubahan pada sikap suami dan belajar fahami sikap lelaki yang anda sayangi itu.

2. Lelaki Dan Sikap Ego

Biasanya lelaki mempamerkan keegoannya pada dua masa, di pejabat dan di rumah. Tidak dinafikan , ramai wanita yang cepat merasa bosan menghadapi lelaki yang ego begini. Tetapi tidak ada ruginya jika anda fahami sikap lelaki ini dengan mengalah dan mempertingkatkan keegoannya kerana apabila dia merasa senang, semua orang di sekelilingnya akan mendapat faedah, terutama orang yang dicintai.

3. Jangan Paksa

Sikap semulajadi lelaki tidak suka dipaksa. Mereka akan bercakap apabila ditanya. Sebaliknya kebanyakan wanita suka mendesak, memaksa dan menyelidik. Cara begitu sebenarnya tidak menguntungkan. Semakin didesak, semakin lelaki akan membisu dan berhelah. Cara terbaik ialah membaca bahasa badan, matanya atau perubahan tingkah lakunya. Jika terdapat perubahan mendadak, pasti ada sesuatu yang tidak kena atau si dia sedang bermasalah.

4. Lelaki Gemar Berahsia

Wanita mudah bercerita tentang masalah yang dihadapinya atau apa saja yang dirasai dengan wanita lain. Sebaliknya tidak bagi lelaki . Malah untuk melakukannya, lelaki memerlukan kekuatan dan keberanian yang maksimum, walaupun untuk bercerita dengan teman lelakinya yang rapat.

5. Lelaki Tidak Rumit

Ramai wanita yang tidak puas hati jika pasangan membiarkan dia sendirian melakukan kerja-kerja rumah. Sedangkan mereka sama-sama penat bekerja. Ini bukan bererti pasangan anda seorang yang konservatif atau sememangnya lelaki ini tidak rumit. Sebenarnya untuk anda fahami sikap lelaki dan penuhi kehendaknya adalah mudah. Dia bukan tidak mahu menolong. Katakanlah berterus terang jika anda ingin meminta pertolongan. Pasti dia akan menerima dengan tangan terbuka.

6. Lelaki Tidak Suka Tekanan

Lelaki perlukan keselesaan perasaan dan tidak suka tekanan. Apalagi jika tekanan itu datang daripada pasangan. Jadi bagi wanita jika mempunyai perasaan sangsi terhadap pasangan, jangan terlalu ditonjolkan. Kerana untuk anda fahami sikap lelaki anda harus belajar cara membendung dan atasinya secara senyap.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/