6 Tips Hidup Berjiran

Hidup Berjiran
Hidup Berjiran

Hidup Berjiran

Hidup berjiran memang indah. Terasa kehidupan yang dilalui dikelilingi dengan orang yang mengambil berat dan sayang akan kita. Namun hidup berjiran dibandar adakalanya sukar untuk memperaktikkan kehidupan berjiran. Mana tidaknya rumah hanya dijadikan sebagai tempat berehat dan tidur. Paginya subuh lagi sudah bergerak ke tempat kerja, pulangnya pula matahari sudah melabuhkan tirai. Manakan mahu bertegur sapa dengan jiran tertangga.

Jika tinggal di pangsapuri atau kondo memang jauh sekali untuk hidup berjiran dengan cara mengenali jiran sebelah rumah. Adakalanya bersyukur kita tidak perlu mengadap kerenah jiran berbanding jika tinggal di rumah teres, sebelah kanan kiri dan depan belakang ada jiran. Ya seperti pasang surut air laut, ada saat gembira bersama ada pula saat perang bersama.

Hanya Allah SWT sahaja yang tahu kemelut jika hidup berjiran atau berhadapan dengan jiran. Mahu buat tidak tahu, terasa kehidupan yang dilalui tiada seri kerana kita sudah anggapnya seperti adik, kakak dan abang. Bagaikan jika jari telunjuk terluka semua jari akan terasa kebasnya. Hanya Iman di dada menjadi benteng tindak tanduk kita kemudian hari.

Walau semangat hidup berjiran kita melemparkan senyuman tidak berbalas, pandangan dibalas jelingan, bersabarlah itu semua ujian Allah. Usah bermusuh. Kita sudah dituntut untuk mengekalkan hubungan yang baik dengan jiran, dinyatakan dalam sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:  ‘Jibrail berkali-kali mengingatkan aku (supaya berbuat baik) terhadap jiran sehingga aku merasakan seolah-olah mereka akan mewarisi hartaku’. (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Amalkan 6 tips hidup berjiran ini agar hubungan dengan jiran anda akan pulih. Yang penting jauhkan sengketa perbanyakkan amalan.

  1. Sedar akan pelbagai ragam manusia. Mungkin ini cara dia layan orang, tidak mengapa moga dia akan diberi kesedaran.
  2. Berfikir positif. Mungkin dia ada masalah, sebab itu dia tidak  sengaja bersikap seperti itu.
  3. Jika ada peluang, boleh berikan sedikit nasihat kepadanya (ikut kesesuaian dan keadaan). Moga tidak terjadi pertelingkahan.
  4. Doakan agar dia berubah dan sedar , sikap angkuh dan sombong tidak membawa apa-apa kebaikan.
  5. Katakan pada diri Alangkah ruginya jika sikap sebegini ada pada diriku. Moga kita tidak seperti itu.
  6. Tarik nafas dan katakan pada hati anda  “Aku harus bersabar”.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/