6 Tips Jimat Air

Tips Jimat Air
Tips Jimat Air

Tips Jimat Air

Bagaimanakah caranya untuk kita jimat air melalui penggunaan harian? Tak dapat nak bayangkan jika sumber air punah dari muka bumi ini. Tidak mustahil semua makhluk hidup muka bumi ini termasuk haiwan dan tumbuh-tumbuhan akan mati. Begitu juga dengan kita. Air adalah sumber alam semulajadi yang sangat penting bagi manusia.

Setiap hari kita memerlukan air untuk melakukan aktiviti seharian. Tak kiralah sama ada untuk minum, mandi, memasak, mencuci pakaian dan sebagainya. Semuanya memerlukan air bersih. Menyedari kepentingan air bersih bagi kehidupan kita, jelas membuktikan betapa pentingnya pengelolaan dan penggunaan air diberikan perhatian agar tidak menganggu kelestarian air dan bumi. Jangan buang sampah dan benda-benda yang tidak sepatutnya sembarangan.

Tahukah anda, pada setiap hari Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. (IWK)  perlu memastikan saliran paip pembetungan bawah tanah tidak tersumbat akibat pembuangan sampah sarap, minyak beku dan sisa pepejal. Sebenarnya masih ramai di antara kita yang tidak sedar bahawa pembuangan sampah secara sembarangan boleh menyebabkan paip pembetungan tersumbat dan mengakibatkan limpahan di dalam premis atau lurang-lurang pembetungan.

Di samping itu, pihak IWK turut memastikan kumbahan dan sisa air daripada tandas, bilik mandi dan dapur dirawat terlebih dahulu dalam loji sebelum efluen (air terawat) dilepaskan kembali ke perairan seperti longkang atau sungai. Malahan, pada setiap hari juga mereka perlu memastikan loji olahan kumbahan awam beroperasi dengan efisien selama 24 jam sehari dan sepanjang tahun. Jadi, mulai sekarang jangan buang sampah tak tentu hala dan jom kita sama-sama membudayakan penjagaan bumi dengan cara membuang sampah pada tempat yang sepatutnya demi kesejahteraan kehidupan di muka bumi.

Mari bersama admin kita lihat bagaimana 6 tips atau cara mudah jimat air dibawah ini dalam aktiviti harian hidup anda :

1. Jimat Air Melalui Penggunaan Mesin Basuh

Gunakan mesin basuh pakaian dengan muatan penuh sahaja untuk menjimatkan air dan tenaga.

2. Jimat Air Dengan Tutup Air

Sewaktu anda mencuci tangan, tutup paip air semasa anda menggosok tangan.

3. Jimat Air Dengan Mandi Guna Baldi Atau Kolah

Mandi dengan menggunakan air yang disimpan di dalam baldi atau kolah. Ianya lebih menjimatkan berbanding anda mandi dengan menggunakan air pancuran.

 4. Jimat Air Ketika Bercukur

Tutup paip air apabila menggosok gigi atau bercukur.

5. Jimat Air Dengan Mandi Cepat

Kurangkan masa mandi anda daripada 15 minit kepada 7 minit.

6. Jimat Air Ketika Mencuci Rambut

Tutupkan air semasa anda mencuci atau bersyampu rambut.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/