6 Tips Kepuasan Seks

Kepuasan Seks Bersama
Kepuasan Seks Bersama

Kepuasan Seks Bersama

Nikmat dan kepuasan seks memang mengasyikkan. Namun tidak semua pasangan suami isteri akan merasainya ketika melakukan hubungan intim bersama pasangan. Adakalanya hanya sebelah pihak saja merasai kepuasan seks setiap kali aktiviti itu berlangsung. Keadaan ini sudah pastinya akan menyebabkan ada yang kecewa dan tidak berpuas hati.

Akibatnya ada antara pasangan terutama isteri yang mengelak dan menolak untuk mengadakan hubungan seks. Sememangnya ada banyak cara untuk melakukan seks tapi sedikit cara untuk merasai kenikmatan dan kepuasan seks bersama-sama.

Memastikan Kepuasan Seks

Bagi memastikan hubungan intim dinikmati dan kepuasan seks dapat dicapai secara saksama oleh kedua pihak anda dan pasangan mungkin boleh mengaplikasikan 6 tips di bawah.

1. Memanjangkan Sesi Pemanasan

Pemanasan atau foreplay, dapat membantu membina keyakinan diri dan menyiapkan diri untuk melakukan hubungan seks. Keyakinan dan juga kesediaan diri pastinya akan menghasilkan kenikmatan dan mencapai kepuasan seks bersama. Sekiranya anda atau pasangan belum bersedia sudah pasti seks seperti dipaksa. Perasaan seperti ini tidak akan memberi kepuasan baik pada anda dan juga pasangan. Oleh itu pastikan anda dan pasangan benar-benar bersedia.

2. Atur Jadual

Aturkan jadual khusus untuk bersama di ranjang terutama jika anda dan pasangan sama-sama sibuk. Sisihkan waktu walaubagaimana sibuk sekalipun anda berdua, paling kurang seminggu sekali untuk anda dan pasangan. Gunakan waktu berdua untuk saling terbuka, memahami peribadi pasangan, keinginan dan fantasi seksual masing-masing.

3. Fokus Dan Lakukan Sepenuh Hati

Jangan mengambil mudah aktiviti seks. Sebaiknya berikan tumpuan dan lakukan sepenuh hati untuk memastikan pasangan dan diri anda sendiri berpuas hati. Hasilnya, keduanya pasti mencapai kepuasan seks yang sempurna. Baik pada suami atau isteri belajarlah untuk menyerahkan diri pada pasangan setiap kali melakukan hubungan intim. Relakan diri untuk diperlakukan oleh pasangan selagi tidak melewati batas-batas agama. Pasti akan mendapat kenikmatan yang tiada tara.

4. Santai

Lakukan dengan santai dan perlahan, terutamanya bagi pihak suami. Tidak perlu terburu-buru mahu menikmati orgasme sebaliknya rasai sentuhan-sentuhan yang dilakukan oleh pasangan. Cara itu anda bukan saja akan mendapat kenikmatan tapi juga kejutan-kejutan kecil yang menyeronokkan.

5. Sentuhan

Sentuhan nikmat di bahagian-bahagian tertentu pasangan pastinya akan meninggalkan kesan yang mendalam. Oleh itu ingatlah bahagian mana yang boleh medatangkan kenikmatan pada pasangan. Selain itu terokai juga bahagian-bahagian yang sebelum ini belum pernah anda lewati. Siapa tahu sentuhan di bahagian tersebut mampu memberi kepuasan seks dan sensasi yang luar biasa pada pasangan anda.

6. Penuhi Keinginan

Tanya pasangan apa yang mampu membuatkan dirinya berasa puas dan nikmat semasa hubungan intim. Penuhi keinginannya sebaik mungkin. Ataupun perhatikan tindakan yang boleh memberikan respons yang mengasyikkan dari pasangan. Praktikkan setiap kali bersama dengannya.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/