6 Tips Legakan Sakit Leher

Tips Melegakan Sakit Leher
Tips Melegakan Sakit Leher

Tips Melegakan Sakit Leher

Kebanyakan masyarakat kita mengambil enteng tentang masalah sakit leher. Ramai yang beranggapan ia akan hilang tanpa perlu dirawat. Penting untuk anda mengetahui langkah awal untuk merawat sakit leher daripada berlarutan dan mengganggu emosi anda. Kerana ia sudah pastinya akan menjejaskan tumpuan dan hilang fokus pada kerja harian anda di pejabat dan juga yang paling penting kesannya kepada kesihatan tubuh badan kita.

Pelbagai punca boleh terjadinya sakit leher ini, antaranya penggunaan bantal yang tidak sesuai, perjalanan yang jauh, memakai kasut tumit tinggi bagi wanita dan posisi duduk ketika kerja terlalu lama. Jangan biarkan sakit leher ini berlarutan dan tiada jalan untuk melegakannya kelak nanti ianya akan membawa mudarat atau kesan pada kesihatan pada jangka panjang.

Oleh itu, dibawah ini adalah sebahagian gerakan atau 6 tips senaman bagi melegakan otot bahagian leher yang ingin admin kongsikan bersama pembaca Petua Bahagia yang admin sayangi sekalian :

1. Glide and extension

Mulakan dengan memandang ke hadapan. Kemudian ke depankan bahagian dagu anda sehingga leher memanjang ke hadapan. Tahan untuk tempoh 5 saat. Dalam posisi tersebut, perlahan-lahan ubah kepala anda kepada posisi memandang ke atas.

2. Acupressure Point

Gunakan kedua-dua tapak tangan anda. Tekan di bahagian tengah belakang kepala. Tekan dan putarkan tapak tangan anda di kawasan tersebut.

3. Rotation stretch

Alihkan kepala anda melihat ke kanan. Tahan selama 10 saat kemudian lakukan pula ke kiri. Ini dapat melegakan bahagian tengkuk dan bahu anda.

4. Posterior neck stretch

Tekan kepala ke bawah. Pastikan dagu anda terkena bahagian atas dada anda. Gerakan ini dapat meregangkan otot leher dan bahagian atas belakang sekaligus melegakan sakit leher.

5. Neck Side Extension

Pandang ke hadapan. Perlahan-lahan gerakkan kepala anda ke kanan. Tahan dalam tempoh 5 saat. Ulang sama ke bahagian kiri.

6. Neck stretch

Pandang terus ke hadapan. perlahan-lahan angkat kedua-dua bahu anda. Tahan untuk tempoh 5 saat, kemudian ulang semula.

Anda juga boleh mencuba gerakan SCM untuk meregang dan melegakan sakit leher dan bahu seperti dalam video di bawah ini:

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/