6 Tips Memantapkan Payudara

Memantapkan Payudara
Memantapkan Payudara

Memantapkan Payudara

Memantapkan payudara agar aset seksual ini kelihatan kekar, anjal, dan menonjol sememangnya adalah impian setiap wanita yang sudah berkahwin supaya dapat menggoda suami di atas ranjang. Untuk mengekalkan dan memantapkan payudara bagi wanita yang sudah berkahwin dan melahirkan anak sudah pastinya ia menjadi satu cabaran.

Tentu ramai yang prihatin akan keadaan fizikal payudara dan mahu memastikan ia sentiasa mantap dan anjal terutama kala usia meningkat. Tidak kira saiz masalah payudara dan kesihatannya tidak harus diabaikan dan perlu perhatian seperti bahagian badan lain pada tubuh.

Antara sebab payudara tidak lagi mantap dulu ialah berat badan mudah naik dan turun. Kehamilan juga adalah antara faktor payudara mula tidak menarik dan kurang anjal. Ada sesetengah wanita mula hilang keyakinan diri dan berasa tidak selesa apabila keadaan fizikal buah dada tidak lagi sama seperti di zaman remaja.

Mari admin kongsikan 6 tips atau cara untuk memantapkan payudara anda secara semulajadi.

1. Urutan

Urutan payudara akan meningkatkan keanjalan dan membantu memantapkan payudara. Selain itu ia juga dapat menghidrat dan melembutkan payudara. Gunakan minyak zaitun sambil membuat urutan di sekitar payudara dan lakukan urutan ini setiap minggu untuk mendapatkan hasilnya.

2. Tidur

Untuk memantapkan payudara selain urutan, elakkan tidur meniarap agar payudara akan kendur disebabkan oleh tekanan dari badan anda.

3. Saiz Coli

Sentiasa memakai coli bersaiz tepat kerana ini akan memberikan payudara anda sokongan yang optimum selain memantapkan payudara anda. Wanita yang mempunyai payudara yang besar seharusnya sentiasa memakai coli agar ia tidak mudah kendur dan jatuh.

4. Pakai Pelembap

Melembabkan payudara adalah harus untuk memastikan keanjalannya. Pelembap akan menghidrat kulit pada payudara anda seterusnya menjadikannya lebih tegang dan memantapkan payudara.

5. Senaman

Senaman juga adalah salah satu faktor untuk memantapkan payudara anda. Ada beberapa jenis senaman yang harus anda lakukan antaranya push-ups, squats dan chest press. Lakukan 1 hingga 3 set dan membuat ulangan 8 hingga 16 kali pada setiap senaman.

6. Masker

Gunakan masker seminggu sekali untuk mendapat keanjalan dan memantapkan payudara anda. Antara bahan untuk membuat masker ialah timun, full fat cream dan putih telur. Gaul sebati kesemua bahan dan lumurkan di sekitar payudara anda tunggu selama 20 minit kemudian bilas dengan air bersih.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/