6 Tips Membersihkan Gajet

Tips Membersihkan Gajet

Tips Membersihkan Gajet

Tips Membersihkan Gajet

Tentunya anda memiliki sekurang-kurangnya satu gajet dan ia adalah antara harta kesayangan yang menemani anda setiap masa kerana ia menjadi satu keperluan utama dalam kehidupan seharian. Sebaik membelinya anda akan menghargainya kerana ia bukan saja keperluan pada masa kini juga praktikal yang anda ingin digunakan pada jangka masa yang lama memandangkan “pelaburan” yang dikeluarkan untuk membelinya bukan murah.

Bagi mereka yang fanatik terhadap gajet atau pun lebih dikenali gajet maniac, untuk menjaga atau membersihkan gajet kesayangannya bukanlah satu perkara yang penting kerana golongan ini sentiasa mengikuti teknologi semasa dan akan membeli gajet yang baru sekiranya baru dilancarkan dengan harapan ada pembaharuan yang dibuat oleh syarikat gergasi seperti Apple dan juga Samsung. Harga gajet yang baru dilancarkan bukanlah satu benda yang murah kerana ianya dilengkapi dengan teknologi terkini yang diperkenalkan namun itu bukanlah menjadi masalah bagi penggemar gajet ini.

Jadi, jika anda rasa bukan dari golongan gajet maniac di atas seperti admin, admin ingin ketengahkan 6 tips menjaga dan membersihkan gajet kesayangan anda ini supaya sentiasa nampak seperti baru dibeli semalam.

1. Matikan Gajet

Ketika membersihkan telefon bimbit atau gajet pastikan ianya di matikan atau switch off terlebih dahulu.

2. Guna Alkohol

Celup putik kapas dalam solusi berasaskan alkohol jika ada untuk membersihkan celah-celah papan kekunci atau keypad. Alkohol adalah bahan yang paling berkesan untuk menghilangkan kesan-kesan daki di celah-celah gajet kesayangan anda.

3. Jangan Remove Screen Guard

Bagi membersihkan skrin telefon pintar atau gajet, usah keluarkan pelapik pelindung (screen guard) jika ada sebarang keretakan pada skrin kerana ia akan menjadikan skrin lembap dan sukar untuk diperbaiki.

4. Putik Kapas

Jika ingin membersihkan bahagian dalam , gunakan putik kapas kering untuk membersihkan sebarang habuk yang terperangkap di bahagian bateri. Ini kerana jika anda menyentuhnya menggunakan tangan ada komponen elektronik yang sensitif ESD akan terjejas.

5. Guna Kapas Dan Air

Lensa kamera yang terdapat pada gajet pula boleh dicuci dengan kapas yang dilembapkan dengan air. Ini kerana lensa kamera hanyalah bahagian luar yang tidak memerlukan alkohol untuk dibersihkan.

6. Guna Kain Microfiber

Akhir sekali bersihkan gajet anda bermula dari bahagian speaker hingga ke skrin menggunakan kain microfiber yang lembap tetapi dengan sekali sapu sahaja. Jika mencuci dalam gerakan memutar boleh mencalarkan skrin. Skrin yang retak pula jika dicuci dengan tekanan boleh menyebabkan retak makin besar.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/