6 Tips Memikat Hati Suami

Tips Memikat Hatis Suami

Tips Memikat Hatis Suami

Entri pada kali ini admin ingin berkongsikan bersama anda 6 tips memikat hati suami yang berkesan untuk isteri amalkan supaya hubungan suami isteri menjadi semakin erat. InsyaAllah, si suami pasti akan bertambah suka, sayang dan melekat pada anda.

Tips 1 : Melakukan aktiviti kegemarannya secara bersama-sama

Mungkin anda berdua memiliki hobi dan minat yang berbeza. Tidak perlu pada setiap masa atau mengambil masa yang lama. Cuba lakukan aktiviti kegemaran suami anda bersama-sama bagi mewujudkan satu suasana yang harmoni di antara anda berdua. Hal ini juga dapat menunjukkan bahawa anda adalah seorang isteri yang sentiasa mengambil berat dan prihatin terhadap perasaaan dan gaya hidup suami tercinta anda.

Tips 2 : Luahkan kata-kata cinta

Jangan berat mulut untuk anda yang memulakan terlebih dahulu lafaz kata-kata cinta seperti “I love you”, “Saya sayang awak” dan sebagainya. Amalan ini patut anda kekalkan walaupun anda sudah berkahwin. Kata-kata ini juga haruslah ikhlas lahir dari hati dan pastikan anda meluahkannya pada waktu-waktu yang sesuai sahaja.

Tips 3 : “Ikat dan tambat” perut dia

Anda perlu tambat perut suami anda dengan masakan. Tak perlu anda menjadi seperti chef yang berkerja di hotel 5 bintang. Cukup sekadar anda masak makanan di rumah dengan air tangan anda sendiri. Yang penting, ianya boleh membuatkan suami anda terus berselera dan kenyang makan masakan anda di rumah. Ini mampu menambahkan lagi rasa sayang suami anda kepada anda. Mereka akan menghargai pengorbanan anda dalam memastikan diri mereka sentiasa kenyang. Tak pandai memasak? Usah risau dan bimbang. Laburkan sedikit wang anda untuk menghadiri kursus masakan yang sekarang banyak boleh didapati bak ‘cendawan tumbuh selepas hujan’ di kawasan rumah anda itu atau pun di pusat-pusat bandar.

Tips 4 : Gunakan panggilan manja

Bila anda sudah berumahtangga, anda boleh panggil diantara satu sama lain dengan panggilan yang lebih manja bagi mengeratkan lagi ikatan kasih sayang anda. Anda boleh panggil dia “baby, sayang, honey, papa atau bucuk”. Ini boleh membezakan tahap hubungan anda berbanding hanya sepasang kekasih ketika bercinta.

Tips 5 : Pujuk dengan sepenuh hati anda

Hubungan suami isteri tidak akan lari daripada berlakunya pergeseran atau perselisihan faham. Jika anda berdua terlibat dengan pergaduhan, cuba untuk memujuk semula suami anda. Jika selama ini anda memang suka dipujuk, apa kata sekali-sekala anda pula yang pujuk dia. Pasti suami anda akan “cair” dengan anda.

Tips 6 : Ringan-ringankan tangan untuk mengurut dia

Setelah suami anda pulang dari tempat kerja, anda boleh tawarkan diri untuk mengurut-urut dia. Ini boleh melegakan rasa letih dan tekanan suami anda dipejabat. Urutlah dengan penuh kelembutan dan penuh kasih-sayang. Kemudian, bolehlah anda berdua teruskan aksi yang seterusnya di dalam kamar beradu anda.

Semoga anda mendapat manfaat dari perkongsian tips memenangi hati suami. Selamat Mencuba!

6 tips memikat hati suami

P/S : Rasai perubahan kesihatan kecantikan anda bertambah baik dalam masa 7 hari sahaja! KLIK SINI

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/