6 Tips Mewarnakan Rambut

Mewarnakan Rambut
Mewarnakan Rambut

Mewarnakan Rambut

Mewarnakan rambut untuk mengikuti fesyen artis terkini sememangnya digilai ramai ramaja di negara kita. Dengan mewarnakan rambut seakan menjadi kewajipan dari segi fesyen dan gaya hebat. Daripada mewarnakan rambut dengan rona rambut merah terang sehinggalah highlight, atau liputan penuh pada seluruh rambut dan juga mungkin sekadar dasar untuk menutup rambut yang beruban.

Terdapat ribuan jenama dan jenis pewarna rambut yang harus dipilih dengan teliti agar tidak merosakkan rambut dalam jangka masa panjang. Jadi, sebelum anda mengambil keputusan untuk mewarnakan rambut,

Mari ketahui 6 tips mewarnakan rambut yang admin nyatakn dibawah ini yang anda perlu tahu.

1. Kulit Kepala Sensitif

Mewarnakan rambut dengan menggunakan pewarna rambut jenis buih adalah baik untuk mereka yang mempunyai kulit kepala sensitif kerana ia tidak akan menitik di muka atau garis rambut.

2. Rambut Tebal

Mereka yang mempunyai komposisi rambut tebal dan juga keriting yang berkeinginan mewarnakan rambut boleh menggunakan pewarna rambut jenis gel atau cecair yang meliputi keseluruhan rambut dengan baik.

3. Jauhi Kolam Renang

Klorin boleh merosakkan kutikel yang membolehkan mineral air meresap ke dalam rambut lalu mengubah rona rambut. Justeru, lebih baik jauhi kolam renang 2 minggu sebelum dan selepas mewarnakan rambut.

4. Jangan Mencuci Rambut

Dinasihatkan untuk tidak mencuci rambut pada hari anda ingin mewarnakan rambut anda bagi memudahkan proses pewarnaan.

5. Tukar Kepada Syampu Yang Sesuai

Tiba masa untuk tukar syampu lain kerana rambut berwarna tidak boleh memakai syampu biasa kemungkinan formulanya, iaitu seperti anti kelemumur, bisa menyingkir warna rambut dengan kandungan sulfat dan bahan kimia lain. Pilih syampu yang dirumus khusus untuk rambut berwarna.

6. Amalan Pupur Rambut

Bersedia dengan apa juga kerosakan rambut. Sama ada anda menggunakan pewarna rambut kekal atau semi kekal, keduanya mengandungi hydrogen peroxide yang mengubah warna pigmen rambut. Amalkan pupur rambut sekali seminggu untuk melembapkan rambut yang kering dan mengembalikan kecantikannya.

Walaupun ada 6 tips yang admin nyatakan untuk anda mewarnakan rambut. Harus diingat identiti seseorang itu juga bergantung kepada warna rambutnya. Dan bagi orang Islam mewarnakan rambut dengan menggunakan produk atau bahan selain inai hukumnya adalah haram kerana dibimbangi air wudhuk tidak sampai dan solatnya tidak SAH !.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/