6 Tips Miliki Kulit Putih Gebu

Tips Miliki Kulit Putih Gebu
Tips Miliki Kulit Putih Gebu

Tips Miliki Kulit Putih Gebu

Sebagai seorang wanita, memiliki kulit putih gebu adalah impian yang sering diidamkan lebih-lebih lagi wanita yang sudah berumahtangga. Untuk membahagiakan suami, tentu sahaja anda mahu sentiasa nampak cantik di mata suami yang mahu melihat anda berpenampilan menarik setiap kali balik kerja.

Apatah lagi, jika anda seorang wanita yang memiliki pakej wajah cantik semulajadi yang akan membuatkan anda tidak perlu ‘ melukis’ wajah dengan menggunakan pelbagai jenis kosmetik. Untuk mendapatkan kulit putih gebu, anda bukan sahaja perlu mendapatkan rehat yang secukupnya, tetapi ada beberapa perkara yang harus anda lakukan sebagai pelengkap tambahan untuk mempercantikan lagi wajah anda.

Berikut beberapa tips semulajadi untuk kelihatan lebih cantik dengan kulit putih gebu yang patut anda cuba.

1. Bibir Pink Semulajadi

Untuk mendapatkan bibir yang indah, anda boleh mengoleskan beberapa campuran madu dan minyak zaitun sebelum tidur untuk membuat bibir tampak merah semulajadi.

2. Mata Sembab Dan Letih

Jika mata anda nampak sembab dan letih, segarkan mata anda dengan beberapa hirisan daripada mentimun selama beberapa minit. Ini akan membuat mata anda kembali segar.

3. Masker Wajah Semulajadi

Gunakan masker yang anda buat sendiri daripada yogurt semulajadi yang ditambahkan dengan sedikit madu. Kemudian sapukan pada wajah, biarkan seketika sebelum dibersihkan. Hasilnya anda akan memiliki kulit putih gebu sekiranya mengamalkan pemakaiana masker wajah semulajadi ini. 

4. Pilih Makanan Berkhasiat

Makanlah makanan yang kaya dengan klorofil dan mineral. Misalnya, sayur-sayuran berdaun hijau yang sangat baik untuk menangkal radikal bebas dan meregenerasi kulit anda. Selain itu, anda juga boleh mengambil lobak merah yang akan membuatkan kulit anda menjadi halus, lembut dan kulit putih gebu. Manfaat lain yang anda akan dapat jika memakan sayur-sayuran hijau ialah rambut lebih sihat, kuku jadi kuat dan kulit juga akan menjadi lebih cerah.

5. Pastikan Sarapan Anda Sihat

Sediakan semangkuk bijirin untuk sarapan pagi anda yang terdiri daripada kacang-kacangan, gandum dan barli. Di samping itu, anda juga boleh tambah dengan beberapa buah-buahan segar atau ‘berry smoothie’. Khasiatnya sangat berguna untuk kecantikan kulit anda.

6. Detoks Tubuh

Jika anda ingin melakukan detoks atau nyahtoksin (pembersihan racun pada tubuh), anda boleh menggunakan jus yang diperbuat daripada campuran lobak merah, buah bit, seledri dan epal hijau. Dengan menyahtoksinkan atau detoks ini dapat membantu anda memiliki kulit putih gebu secara semulajadi.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/