6 Tips Perubahan Diri

Perubahan Diri
Perubahan Diri

Perubahan Diri

Perubahan diri yang selalu kita azamkan setiap kali datangnya tahun baru adakah berjaya menjadikan diri kita ini lebih baik daripada tahun sebelumnya. Kita sibuk berbicara tentang azam untuk perubahan diri yang tingginya bukan kepalang. Sibuk menjaja impian terbaik agar yang mendengarnya merasa kagum dan bangga punyai kawan sehebat ini untuk membuat perubahan diri. Namun adakah usahanya untuk membuat perubahan diri setimpalkah dengan impian yang dicipta?

Usah hangat-hangat tahi ayam lagi. Mari kita mulakan azam untuk membuat perubahan diri tanpa menunggu sehingga sampai tahun baru dengan semangat dan keazaman untuk menjadi insan yang terbaik.

Lihat 6 tips perubahan diri dibawah ini untuk dijadikan sumber inspirasi dalam menjadikan kenyataan.

1. Buktikan Dengan Disiplin Dan Keazaman Yang Tinggi

Jangan sekadar berazam untuk membuat perubahan diri. Ini masanya untuk anda buktikan apa yang anda impikan mampu menjadi kenyataan. Kuncinya mudah disiplin, keazaman yang tinggi dan tidak kalah dengan cubaan. Ingat jika anda rasa susah untuk mencapai apa yang anda miliki, lihat kembali apa yang sudah dicapai agar dapat menjadi motivasi supaya anda tidak berputus asa. Seperkara lagi harus diingat  jika satu impian yang anda harapkan terlepas, ada sepuluh orang lagi yang mengimpikan apa yang anda miliki hari ini.

2. Berpijak Di Bumi Yang Nyata

Jangan bercakap besar dan belajar berpijak di bumi yang nyata di dalam membuat perubahan diri. Anda tidak akan dihormati jika sibuk membangga diri dan yang pasti akan membuat anda dibenci. Cara terbaik adalah sentiasa merendah diri dan lihat kembali segala apa yang anda miliki adalah pinjaman semata.

3. Jangan Suka Menunjuk (Show-Off)

Sikap menunjuk-nunjuk atau show-off akan kemewahan seakan menjadi ikutan ramai. Maklumlah dengan kecanggihan teknologi dan pelbagai aplikasi bergambar membolehkan ramai daripada kita berkongsi secara terbuka tentang apa yang dipakai, beli dengan tujuan menunjuk kemewahan. Apa kata tahun 2016 ini kita buat perubahan diri menjadi orang yang lebih reserve, tenang dan sudah-sudahlah dengan tabiat menunjuk yang tidak membawa ke mana pun malah menjadi buah mulut orang sahaja.

4. Belajar Dari Kesilapan

Cara terbaik untuk anda perbaiki diri dan buat perubahan diri adalah dengan cara belajar dari kesilapan dan yang paling penting belajar bagaimana untuk tidak melakukan kesilapan yang sama. Sebagai contoh jika anda seorang yang boros, belajar berjimat dengan cara ingat kembali bagaimana perasaan susahnya bila tengah bulan akibat terlalu asyik berbelanja semasa mendapat gaji.

5. Jangan Jaga Tepi Kain Orang (Busy Body)

Sudah-sudahlah menjaga tepi kain orang! Anda berasa puas bercakap tentang orang? Come on girls! High minded people never do this. Jika anda rasa anda punya kelas tersendiri dan masih bercakap tentang orang lain, lupakan kerana anda sama sahaja dengan yang lain. Dan jika masih ada yang ingin menjadikan anda bahan joke of the day mereka, ingat pesan Fannie Flagg ini “Remember if people talk behind your back, it only means you are two steps ahead.”

6. Fokus Pada Karier Dan Kerjaya

Jika sebelum ini di pejabat orang memandang rendah keupayaan dan kebolehan anda, lakukan perubahan diri dengan fokus pada kerjaya dan karier anda. Jangan persoalkan apa yang bos atau syarikat tempat anda bekerja berikan kepada anda. Apa yang penting adalah apa yang anda sumbangkan buat organisasi anda bertugas. Percayalah kerja yang dilakukan atas dasar minat, kesungguhan dan ikhlas akan mendapat perhatian kelak jika bukan di tempat anda bekerja sekarang pasti aka nada tempat lain yang tepat buat anda.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/