6 Tips Seks Lepas Bersalin

Seks Lepas Bersalin
Seks Lepas Bersalin

Seks Lepas Bersalin

Seks lepas bersalin adalah salah satu risiko yang harus diambil pendekatan secara lebih berhati-hati oleh ibu yang baru lepas melahirkan anak. Lebih-lebih lagi jika kelahiran itu dilakukan secara pembedahan Caeserian yang memerlukan masa yang agak lama untuk sembuh. Begitu juga keinginan seorang suami yang sudah ‘berpuasa’ terlalu lama pastinya ingin melakukan seks lepas bersalin dengan isteri, namun perlu beringat agar isteri tidak merasa sakit akibat daripada hubungan seks yang tidak cermat.

Bersalin atau melahirkan anak merupakan proses yang cukup trauma bagi seorang wanita. Apatah lagi, apabila seorang ibu itu melahirkan melalui vagina, maka jaringan vagina yang halus akan menjadi tegang sehingga memerlukan waktu beberapa minggu untuk menyembuhkan kecederaan tersebut.

Pada trimester ketiga kehamilan, keinginan untuk melakukan hubungan seks begitu membuak-buak. Namun, selepas bersalin atau melahirkan hasrat untuk melakukan hubungan seks lepas bersalin adalah perkara yang terakhir ada di fikiran. Enam minggu pertama setelah melahirkan disebut ‘periode postpartum’. Melakukan hubungan seks lepas bersalin sepanjang tempoh tersebut biasanya jarang terjadi.

Keinginan untuk melakukan hubungan seks lepas bersalin menurun terjadi kerana:

  1. Penyembuhan dari episiotomi (koyakan ketika melahirkan secara normal)
  2. Penyembuhan luka di perut setelah melahirkan anak secara pembedahan
  3. Perdarahan normal setelah melahirkan. Perdarahan inibiasanya terjadi selama empat sampai enam minggu.
  4. Kepenatan setelah kehamilan dan proses melahirkan.
  5. Tuntutan bayi anda (tuntutan meningkat jika anda memiliki anak kembar atau kembar tiga).
  6. Perubahan kadar hormone.
  7. Payudara sakit akibat proses menyusukan bayi.
  8. Masalah emosional, seperti sindrom setelah melahirkan, penat kerana merawat anak, atau permasalahan berkaitan hubungan dengan ayah si bayi.

Melakukan hubungan seks lepas bersalin boleh dilakukan, sekiranya semua luka atau koyakan dan isteri anda merasakan jaringan halus di vagina telah sembuh. Penyembuhan tersebut biasanya memakan waktu selama beberapa minggu. Anda boleh meminta pandangan doktor sakit puan untuk mencadangkan waktu yang tepat untuk anda dan suami kembali melakukan hubungan intim.

Bagi wanita yang baru melahirkan biasanya akan muncul ketakutan dengan rasa sakit pada vaginanya. Para suami diisarankan tidak terburu-buru melakukan hubungan seksual dan cuba fahami keadaan isteri anda. Jika isteri mengalami penurunan ghairah seksual setelah melahirkan, ada baiknya suami mengerti dan memahami keadaan tersebut. Jika para suami terus memaksa ia boleh menimbulkan stress pada si isteri.

Berikut dibawah ini adalah 6 tips seks lepas bersalin yang boleh dijadikan panduan untuk anda melakukannya dengan cermat dan selamat.

1. Elakkan Merangsang Payudara

Jumlah air susu badan yang keluar dari payudara cukup banyak setelah melahirkan. Keadaan ini tentunya membuatkan si suami berasa kurang selesa ketika melakukan hubungan seks lepas bersalin. Apatah lagi, ketika merangsang payudara. Namun, keluarnya air susu badan tersebut tidak boleh dihindari. Jalan terbaik, elakkan daripada merangsang payudara. Masih banyak bahagian ataupun kawasan yang boleh membangkitkan ghairah si isteri. Misalnya, di leher, bibir, paha, telinga dan sebagainya.

2. Senaman Kegel

Setelah bersalin atau melahirkan anak, anda perlu membuat senaman kegel dengan menegangkan dan melepaskan vagina seperti ketika menahan kencing. Tujuannya adalah untuk mengepam aliran darah ke vagina dan mengembalikan kekencangan otot vagina agar kembali kuat seperti sebelum melahirkan.

3. Pilih Posisi Yang Tepat

Carilah posisi seks yang tepat, sehingga hanya memberikan sedikit tekanan pada setiap jahitan vagina. Posisi wanita di atas atau ‘women on top’ boleh dijadikan pilihan dan pastikan melakukan seks dengan relaks dan tidak terburu-buru

4. Pastikan Anda Benar-Benar Bersedia

Para suami juga digalakan melakukan urutan lembut agar si isteri berasa relaks dan secara perlahan-lahan ghairah seksnya akan kembali normal. Melakukan hubungan seks sebelum empat minggu selepas bersalin, bukan hanya boleh merosakan jahitan vagina yang belum pulih sepenuhnya setelah melahirkan, tetapi juga boleh membuatkan anda berhadapan dengan infeksi vagina. Melakukan hubungan seks lepas bersalin ketika tubuh belum bersedia untuk seks juga hanya akan membuatkan anda berasa sakit, dan bukannya puas.

5. Lakukan Pemanasan

Anda dan suami mungkin akan terlalu bersemangat untuk melakukan hubungan seks lepas bersalin setelah sekian lama tidak menikmatinya. Jangan abaikan untuk melakukan teknik pemanasan atau foreplay bagi meningkatkan keintiman dan menambahkan cecair vagina supaya seks yang anda nikmati tidak menyakitkan.

6. Gunakan Cecair Pelincir

Setelah keadaan anda pulih dari proses melahirkan, anda memerlukan cecair pelincir untuk memulakan seks lepas bersalin. Cecair pelincir ini dapat membantu melicinkan vagina dan mengurangi rasa sakit, serta meningkatkan kenikmatan.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/