6 Tips Tingkat Hormon Testosteron

Hormon Testosteron
Hormon Testosteron

Hormon Testosteron

Lelaki dan hormon testosteron memang tidak boleh dipisahkan kerana fungsinya berperanan sebagai pembangkit ghairah seksual lelaki, membantu perkembangan otot, membantu meningkatkan tenaga dan juga menstabilkan emosi seseorang lelaki itu.

Hormon testosteron bertindak membentuk karakter matang seksual lelaki dengan cara perubahan suara, pertumbuhan organ seks, rambut dan bulu pada tubuh badan. Manakala bagi wanita pula hormon testosteron ini akan menghasilkan estrogen yang memberi kekuatan secara langsung kepada wanita bermula daripada mengandungkan bayi, melahirkan dan menyusukan bayi.

Hormon tertosteron dihasilkan sendiri melalui proses semulajadi oleh tubuh badan, namun penghasilan hormon testosteron ini berbeza-beza bagi setiap orang, bergantung pada gaya hidup seseorang lelaki itu.

Mungkin ramai yang sudah tahu bahawa tahap metabolisma, otot dan mood dikawal oleh hormon testosteron. Malangnya, kebanyakan lelaki kehilangan kira-kira 1.5 peratus hormon testosteron setiap tahun sebaik saja memasuki usia 30 tahun.

Berikut dibawah ini 6 tips tingkatkan hormon testosteron secara semulajadi.

1. Diet

Kekacang, tiram, mil oat dan makanan organik mempunyai khasiat yang membantu meningkatkan tahap testosteron. Tiram tinggi dengan zink, kekacang dan mil oat pula tinggi asid amino yang membantu mengurangkan kesakitan di dalam saluran darah.

2. Kafein

Menurut kajian di International Journal of Sport, Nutrition and Exercise Metabolism, sesiapa yang mengambil kafein  sebelum melakukan senaman dikatakan mampu meningkatkan testosteron sebanyak 21 peratus.

3. Angkat Berat

Bersenam mendatangkan banyak kebaikan terutama lelaki yang mempunyai tahap testosteron yang rendah. Kajian 1993 mendapati bersenam seperti melakukan angkat berat membantu meningkatkan tahap testosteron di dalam darah diikuti senaman biasa. Ia bukan saja meningkatkan testosteron tetapi membentuk otot badan.

4. Vitamin D

Menurut kajian dari jurnal Hormone and Metabolic, vitamin D memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan tahap testosteron. Vitamin D boleh diperolehi menerusi pemakanan mahupun terdedah kepada cahaya matahari. Namun, elak terlalu terdedah kepada cahaya matahari kerana ia risiko kepada kanser juga.

5. Zink

Pengambilan zink berkaitan dengan hypogonadism iaitu keadaan di mana kelenjar menghasilkan sedikit atau tidak ada hormon.  Zink memainkan peranan penting untuk menghasilkan tahap testosteron.

6. Bawang Putih

Menurut jurnal pemakanan, makanan tambahan seperti bawang putih boleh mengubah horman berkaitan protein anabolisme dengan meningkatkan testosteron buah zakar.

Masalah tekanan dan obesiti juga menjadi punca tahap hormon testosteron menurun tanpa disedari. Jangan tunggu sehingga usia meningkat, kualiti pun menurun. Biarlah usia meningkat seiring dengan kemampuan anda beradu ‘tenaga’ di atas ranjang bersama pasangan anda.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/