6 Tips Tingkatkan Konsentrasi

Tips Tingkatkan Konsentrasi
Tips Tingkatkan Konsentrasi

Tips Tingkatkan Konsentrasi

Anda pernah hilang kosentrasi atau tumpuan dalam bekerja? Kurang konsentrasi atau kurang fokus pada kerja boleh menyerang sesiapa sahaja, termasuk anda yang terlalu sibuk ataupun pura-pura sibuk dalam bekerja. Situasi ini boleh menganggu aktiviti seharian anda sehingga membuatkan anda menjadi stress! Apapun aktiviti yang anda lakukan, sama ada bekerja, belajar dan sebagainya tetap memerlukan fokus dan konsentrasi yang baik.

Tujuannya adalah supaya anda boleh mendapatkan produktiviti semaksimum daripada aktiviti yang sedang anda lakukan. Ketika konsentrasi anda mula menurun, anda harus bertindak lebih bijak dan mencari cara untuk meningkatkan kembali kosentrasi anda itu. Namun, sebelum anda berusaha untuk mengatasi, ada baiknya anda mengetahui terlebih dahulu apakah punca  yang menyebabkan konsentrasi anda mula menurun.

4 Tips Tingkatkan Konsentrasi Yang Perlu Anda Tahu Adalah: 

1. Solat Dan Berzikir

Ini adalah cara yang telah digunakan sejak ratusan tahun dahulu bagi meredakan stress mahupun meningkatkan konsentrasi otak. Di celah kesibukan anda, cubalah solat di awal waktu dan apabila selesai solat basahkan lidah dengan berzikir kerana dengan mengingati Allah hati menjadi tenang dan dapat fokus pada sesuatu kerja serta membantu meningkatkan konsentrasi kerja atau pelajaran.

2. Makan Lobak

Sayuran segar berwarna oren ini memiliki luteolin. Fungsinya adalah mengurangi peradangan otak dan membantu mengurangi penurunan memori yang berkaitan dengan usia. Sebagai zat yang efektif untuk meningkatkan konsentrasi dan daya ingat, luteolin juga boleh didapati pada paprika (capsicum) dan seledri.

3. Bersarapan

Perkara pertama dan paling penting untuk meningkatkan konsentrasi ketika bekerja dan belajar adalah sarapan pagi!

4. Minum Kopi

Minum kopi! Ini adalah cara paling mudah yang disukai ramai orang untuk meningkatkan konsentrasi ketika belajar atau bekerja. Kopi mengandungi kafein, yang mengandungi  zat yang mampu merangsang bahagian otak (cerebral cortex) yang mengatur peningkatan konsentrasi dan sikap berhati-hati seseorang. Selain itu, kafein juga dikatakan dapat memperbaiki suasana mood seseorang serta menurunkan rasa cemas dan panik.

Antara 4 Penyebab Konsentrasi Menurun:

1. Kurang Bersenam

Sekalipun anda sibuk, sebaiknya anda tetap luangkan waktu untuk bersenam, antara 20-30 minit pada setiap hari. Ia akan membantu melancarkan perjalanan darah, meningkatkan gerak kerja jantung dan melatih seluruh organ tubuh anda untuk tetap aktif bergerak. Orang yang rajin bersenam dikatakan lebih lena tidur dan kosentrasi kerja dan belajarnya juga jauh lebih baik daripada mereka yang langsung tidak bersenam.

2. Pola Makan Yang Tidak Sihat

Apa yang anda makan boleh memberikan impak yang besar kepada kesihatan mental dan juga peningkatan kosentrasi anda. Makanan yang tidak sihat seperti tinggi kalori, gula, garam boleh meningkatkan pelbagai penyakit kesihatan. Diet tinggi protein dan Omega 3 amat digalakkan untuk membantu meningkatkan gerak kerja serta fungsi otak anda.

3. Kurang Nutrisi

Menurunnya konsentrasi boleh disebabkan oleh kekurangan vitamin dan hormon pada tubuh. Vitamin yang memainkan peranan dalam peningkatan kosentarasi adalah vitamin B12, manakala hormon utama pula adalah hormon tiroid. Kekurangan hormone tiroid memperlambatkan metabolisme dan mengurangkan aliran darah  dan pelbgaai fungsi sel di otak.

4. Menjelang Menopause

Wanita yang mengalami menopause mengalami gangguan daya ingatan dan kemampuan belajar boleh terjadi pada tahap awal dan akhir sebelum menopause. Menurunnya hormon estrogen pada masa menopause dikatakan menjadi penyebab hilangnya  konsentrasi seseorang.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/