6 Waktu Baik Buat Seks

Waktu Baik Buat Seks
Waktu Baik Buat Seks

Waktu Baik Buat Seks

Buat seks atau bersetubuh ada waktu baik dan sesuai kerana pada waktu baik beginilah yang meningkatkan kualiti seks anda dan pasangan. Buat seks pada waktu yang baik dan sesuai bergantung pada mood anda dan pasangan juga kerelaan hati masing-masing tanpa ada unsur paksaan.

Bagi pasangan yang sudah berkahwin, pastinya inginkan sesi hubungan seks yang memuaskan dan ada baik jika mengambil kira waktu yang sesuai untuk memaksimakan waktu bersama anda dan pasangan.

Mari bersama admin dan luangkan sedikit masa selidik 6 waktu baik buat seks dan sedikit info mengenainya dan berkongsi untuk pengetahuan pasangan suami isteri.

1. Ketika Demam Dan Selsema

Tahukah anda dengan melakukan hubungan seks ketika anda demam atau selsema ia boleh membuatkan anda sembuh. Ia kedengaran agak pelik, tetapi kajian mendapati bahawa buat seks dengan mengeluarkan peluh dapat meningkat sistem imunisasi dalam tubuh badan seseorang.

2. Waktu Pagi

Tubuh badan kita sangat digalakkan untuk melakukan hubungan seks sewaktu bangun pagi. Menurut pakar, dengan buat seks pada waktu pagi, bukan hanya tahap testosteron dan tenaga yang tinggi pada waktu pagi, tetapi tahap oksitoksin juga meningkat yang boleh membuatkan anda dan pasangan lebih mesra selain endorfin dapat menceriakan mood kalian seharian.

3. Selepas Bersenam

Ambil sedikit kesempatan selepas selesai bersenam dan tambahkan sedikit mood ghairah dalam hubungan untuk buat seks dengan pasangan. Pakar menemui teori bahawa peredaran darah pada bahagian kemaluan wanita setinggi 169% tinggi selepas bersenam. Ini kerana tubuh menghasilkan testosteron iaitu hormon seks, jadi secara semulajadinya keinginan seks itu hadir selepas sesi berpeluh.

4. Selepas Balik Kerja

Anda ingin hilangkan stres seharian di pejabat? Hubungan seks adalah satu pilihan yang baik untuk menamatkan stres. Ini kerana ia terbukti bahawa apa sahaja pergerakan fizikal atau sentuhan kasih sayang dapat membantu dalam menstabilkan semula mood dan mengurangkan stres. Buat seks bersama suami juga dikatakan dapat menghilangkan stres serta buatkan anda lebih berkeyakinan dan berani.

5. Sebelum Event Besar

Kajian mendapati bahawa buat seks dapat relakskan sistem saraf dalam tubuh badan, merendahkan tekanan darah yang tinggi, dan menghilangkan stres. Kajian juga mendapati mereka yang melakukan seks sebelum memulakan pembentangan kertas kerja atau event besar adalah lebih berkeyakinan dan kurang stres.

6. Selepas Tonton Filem Seram

Waktu yang paling baik untuk buat seks bersama pasangan adalah selepas melakukan atau melihat sesuatu yang menakutkan seperti menonton filem seram. Ketika adrenalin memuncak, tubuh badan kita secara semulajadinya berada di tahap ghairah dan mood seks juga meningkat.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/