63 Petua Bahagia Hidup Berumahtangga

63petua

63petua

Hubungan suami isteri merupakan suatu perkara penting dan utama dalam menjamin kebahagiaan sesebuah intitusi kekeluargaan. Kepincangan dan sikap endah tak endah dalam menangani masalah ini boleh membawa kepada salah faham, krisis, perbalahan dan akhirnya perceraian.

Bak kata orang bohonglah kalau dalam hidup berumahtangga ini tidak pernah berselisih faham. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Sudah pasti banyak rencah dan asam garamnya. Maka adalah menjadi tanggungjawab dan peranan suami isteri supaya dapat mengambil berat dan perhatian terutamanya dalam menjaga perhubungan hidup berumah tangga ini agar sentiasa utuh, harmoni, aman dan bahagia.

Mari kita kongsi bersama-sama 63 Petua Bahagia daripada Pakar Perunding Motivasi dan Keluarga tersohor negara iaitu Datuk Dr. Fadzilah Kamsah yang dinyatakan seperti di bawah ini :

  1. Patuh ajaran agama.
  2. Doa yang berterusan.
  3. Murah dengan khidmat.
  4. Murah dengan pujian.
  5. Murah dengan sentuhan.
  6. Murah dengan belaian kasih sayang.
  7. Mencari kebaikan pasangan.
  8. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.
  9. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau-senda.
  10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.
  11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.
  12. Berani mengambil risiko emosi – tegur/perubahan/berpisah sementara.
  13. Berfikiran terbuka – boleh tegur-menegur.
  14. Bertolak-ansur.
  15. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.
  16. Menghormati dan mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition) perempuan.
  17. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.
  18. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.
  19. Sanggup berkorban buat pasangan.
  20. Menghormati pasangan.
  21. Perhubungan seksual yang sihat dan diredhai.
  22. Berasa amat beruntung dan bersyukur mendapat pasangan yang sedia ada.
  23. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.
  24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.
  25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.
  26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.
  27. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.
  28. Meletakkan hak pada pasangan.
  29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.
  30. Mencari penyelesaian dalam situasi ‘menang-menang’.
  31. Mengawal marah. Buat perjanjian.
  32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.
  33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.
  34. Memahami peranan ‘pasangan’.
  35. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci.
  36. Hubungan perasaan sesama pasangan.
  37. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.
  38. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.
  39. Sebut ‘I Love U’ sepanjang masa.
  40. Tujuh kali pujian dan satu teguran.
  41. Banyakkan bergurau-senda dan bermesra.
  42. Sentiasa berterus-terang.
  43. Cari titik pertemuan.
  44. Beri masa untuk perubahan berlaku – sabar.
  45. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.
  46. Elakkan mencari kesalahan pasangan.
  47. Seleaikan masalah hari ini pada hari ini juga.
  48. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.
  49. Lebih banyak memberi daripada menerima.
  50. Sentiasa bersemangat – bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.
  51. Seimbangkan hubungan dari segi mental, pendidikan, ilmu, emosi, fizikal, ekonomi, sosial dan spiritual.
  52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).
  53. Tidak bertindak bersendirian.
  54. Tidak terlalu mengongkong.
  55. Memberi peluang untuk berbeza atau berkongsi dari segi pendapat, hobi, kegemaran, makanan, cita rasa, warna pilihan dan sebagainya.
  56. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.
  57. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.
  58. Tidak meminta yang bukan-bukan.
  59. Berwawasan dan pandang jauh ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).
  60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.
  61. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.
  62. Mencari kelainan dan perubahan positif.
  63. Redha, syukur dan tawakal kepada Allah SWT.

P/S :  ::: Renung-renungkan dan Selamat Beramal! ::: KLIK SINI

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/