7 Bahaya Kekurangan Kalsium

makanan kaya kalsium
makanan kaya kalsium

makanan kaya kalsium

Apa itu Kalsium? Kalsium adalah unsur kimia di dalam jadual berkala yang bersimbolkan Ca dan mempunyai nombor atom 20. Logam alkali bumi kelabu yang lembut yang digunakan sebagai agen penurun dalam penyarian torium, zirkonium dan uranium.

Kalsium adalah penting bagi pertumbuhan normal dan penjagaan tulang dan gigi, dan keperluan kalsium haruslah dikecapi sepanjang hayat. Keperluan adalah paling tinggi semasa peringkat pertumbuhan, seperti peringkat kanak-kanak, semasa mengandung dan semasa penyusuan bayi. Kekurangan kalsium pada jangka masa panjang boleh mengakibatkan penyakit osteoporosis, di mana tulang semakin merosot dan peningkatan risiko retak atau patah tulang. Keperluan kalsium boleh dicapai dengan memakan atau meminum sekurang-kurangnya 3 ke 4 sajian keluaran tenusu setiap hari.

Sesetengah keluaran tenusu, seperti keju keras dan susu lengkap, mengandungi kandungan lemak tepu yang agak banyak, yang boleh menyumbang kepada penyakit kardiovaskular. Oleh sebab itu, diet yang melibatkan keluaran tenusu rendah lemak haruslah diambil kira. Beraneka jenis keju rendah lemak yang dihasilkan daripada susu separa skim, seperti mozzarella, ricotta, keju kotej boleh dipilih.

Namun kekurangan kalsium di dalam tubuh badan seseorang juga akan memberi kesan bahaya kepada kesihatan manusia. Di bawah ini admin senaraikan 7 kesan bahaya akibat kekurangan kalsium di dalam tubuh badan seseorang itu :

1. Masalah Kulit / Eczema Dan Psoriasis

Punca masalah kulit atau eczema dan juga psoriasis menandakan seseorang itu kekurangan kalsium di dalam tubuh badan mereka. Cara untuk mengatasinya dapatkan makanan berbentuk tenusu untuk menambahkan kalsium.

2. Masalah Sesak Nafas

Masalah sesak nafas juga berpunca daripada kekurangan kalsium di dalam tubuh badan seseorang itu.

3. Senggugut

Kekurangan kalsium menyumbang kepada sakit senggugut yang teruk kepada wanita.

4. Gigi Reput / Sakit Gigi

Gigi reput atau sakit gigi antara tanda-tanda utama seseorang itu kekurangan kalsium di dalam tubuh badan mereka. Dapatkan nasihat doktor gigi jika terdapat simpton-simpton kerap sakit gigi atau gigi reput.

5. Insomnia / Sukar Tidur

Penyakit insomnia atau sukar tidur amat berkait rapat dengan kekurangan kalsium di dalam tubuh badan seseorang.

6. Kuku Rapuh / Kulit Kering

Kuku rapuh dan kulit kering di antara tanda-tanda jelas menunjukkan seseorang itu kekurangan kalsium di dalam tubuh badan.

7. Kekejangan Otot

Kerap mengalami sakit kekejangan otot dan sakit di bahagian-bahagian lain ketika hendak bergerak atau melakukan aktiviti harian anda.

Kesimpulannya, kalsium merupakan bahan galian penting dalam diet yangs sihat. Kekurangannya boleh memberi kesan terhadap pembentukan tulang dan gigi, sementara penyimpanan berlebihan boleh mengakibatkan penyakit karang ginjal. Vitamin D diperlukan untuk menyerap kalsium.Hasil tenusu, seperti susu dan keju, adalah sumber kalsium yang diketahui ramai. Walaubagaimanapun, sesetengah individu alah kepada keluaran tenusu dan lebih ramai orang, terutamanya keturunan bukan Eropah, adalahtak tahan laktosa (intolerans laktosa), menyebabkan mereka tidak boleh menggunakan keluaran tenusu.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/