7 Cara Buat Ex Kekasih Menyesal

bekas kekasih
ex kekasih

ex kekasih

Ada beberapa cara yang boleh anda lakukan untuk membuatkan ex kekasih korang tu menyesal tinggalkan anda. Bukan niat nak membalas dendam tapi sekadar nak puaskan hati yang luka. Cara ni lebih baik dari kita buat benda-benda yang menyalahi undang-undang dan agama. So korang boleh try la mana-mana cara yang sesuai mana tahu berhasil.

  1. Bila kekasih anda minta putus dengan korang, untuk menyakitkan hati dan bagi ex kekasih korang tu menyesal balik cakap macam ni “dah lama saya tunggu peluang ni. Terima kasih banyak-banyak sebab memahami dan memudahkan kerja saya” Lepas tu lompat-lompat atau joget-joget la sikit nak tunjukkan anda gembira ( padahal dalam hati sedih gile).
  2. Biasanya lepas putus ex kekasih akan menyesal dan akan cuba anggap korang sebagai kawan la kononnye. Kalau macam ni cakap je dekat dia “ saya ada berjuta kawan tak ada awak lebih bahagia hidup saya”.  Confirm mesti dia bengang punya. Korang kena tahu tula cara dia nak hilangkan rasa bersalah sebab tinggalkan korang.
  3. Pulangkan semua gambar bekas kekasih korang tak kira la hard copy atau soft copy pulangkan semua. Jangan lupa masa nak pulangkan gambar tu campur sekali dengan gambar awek-awek yang cun melecun or pakwe-pakwe yang handsome. Bagi note kat situ “ awak yang mana satu erk? Sorry la, saya tak ingat. Pilihla sendiri gambar awak pastu yang bukan gambar awak pulangkan balik kat saya”. Lepas tu juling la mata ex kekasih korang tu. Tapi korang jangan melampau lak letak gambar retis. Jangan budget sangat.
  4. Lepas putus tu korang bergaya la sikit. Kalau sebelum ni nampak selekeh  je masa couple lepas ni korang pakai la pakaian yang kemas. Biar nampak berpelajaran dan berkerjaya. Baju harga rm10 pun kalau tau caranya boleh nampak smart tau. Mesti ex kekasih menyesal tinggalkan korang.
  5. Bila nampak dia online FB atau twitter cepat-cepat post status atau gambar-gambar saat korang bahagia bersama kawan-kawan. Itu menunjukkan yang korang boleh hidup bahagia tanpa dia disisi korang. Kalau ex kekasih remove korang dari friend list, cuba tag gambar korang tengah bahagia tu dengan kawan-kawan dia. Mungkin dia akan nampak.
  6. Kalau korang masih study lagi, masa nila korang belajar sungguh-sungguh tunjukkan kat dia yang tanpa dia pun korang boleh berjaya. Dapat kerja baik lepas tu beli la kereta ferrarri . Jalan tepi dia cakap “ lama tak jumpa awk. Eh nak pergi mana ni, boleh la saya tumpangkan. “
  7. Korang cari je orang lain yang lebih baik handsome , cantik, romantik dari ex kekasih korang. Kalau dia nampak saat korang bahagia mesti di jealous habis. Padan muka sebab dulu tak appreciate korang.

Apa pun admin nak nasihatkan korang yang lepas tu biarlah lepas dan korang lupakan jela walau benda tu sangat menyakitkan hati. Mulakan la hidup yang baru dan ingat yang ada baik dan ada hikmahnya kenapa benda ni berlaku kat korang. Bersangka baik jela ye.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/