7 Cara Didik Anak Sedekah

bersedekah
bersedekah

bersedekah

Definisi memberi sedekah atau bersedekah berasal dari perkataan bahasa Arab shadaqoh yang bererti suatu pemberian sedekah yang diberikan oleh seorang Muslim kepada orang lain secara spontan, sukarela dan ikhlas tanpa mengharapkan balasan mengikut waktu dan jumlah yang tertentu. Memberi sedekah juga bererti suatu pemberian yang diberikan oleh seseorang sebagai kebajikan yang mengharap keredhaan Allah SWT dan pahala semata. Memberi sedekah dalam pengertian di atas oleh para fuqaha (ahli fiqh) disebut sadaqah at-tatawwu’ (sedekah secara spontan dan sukarela).

Di dalam Al Quran banyak sekali ayat yang menggalakkan kaum Muslimin untuk sentiasa memberi sedekah. Di antara ayat yang dimaksud adalah firman Allah SWT yang ertinya:

”Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan-bisikan mereka, kecuali bisikan-bisikan dari orang yang menyuruh (manusia) memberi sedekah, atau berbuat ma’ruf atau mengadakan perdamaian di antara manusia. Dan barangsiapa yang berbuat demikian kerana mencari keredhaan Allah, maka kelak Kami akan memberi kepadanya pahala yang besar.” (QS An Nisaa [4]: 114).

Sikap memberi sedekah adalah amalan yang sangat mulia dan harus dipupuk semasa kanak-kanak lagi oleh ibu bapa. Ini bagus untu anak mengetahui apa itu nilai memberi sedekah dan kepada apa dan untuk tujuan apa.

Berikut di bawah adalah 7 cara didik anak bersedekah :

1. Memberi Sedekah Dengan Seikhlas hati

Latih anak supaya memberi sedekah dengan seikhlas hati tanpa mengharapkan balasan supaya mereka tidak berputus asa untuk sentiasa membuat amal jariah. Ajar anak tentang ganjaran pahala dan ganjaran orang yang bersedekah supaya sikap mulia ini menjadi amalan mereka seharian.

2. Minta Anak Hantar Makanan

Jika ada makanan untuk dikongsi bersama jiran, minta tolong anak untuk menghantarkannya ke rumah jiran. Ini secara tak langsung dapat menyemai sikap positif kepada anak-anak dan rakan sebaya mereka untuk membuat kebaikan.

3. Ajar Anak Sentiasa Berkongsi

Ajar anak-anak supaya senantiasa berkongsi apa yang mereka ada dengan orang sekeliling mereka. Tanamkan fahaman kepada mereka bahawa rezeki yang datang daripada Allah SWT bukanlah milik mereka sahaja tetapi untuk dikongsi bersama dengan orang lain iaitu orang yang memerlukan.

4. Bekalkan Makanan Lebih

Jika menyediakan bekal untuk anak-anak ke sekolah, lebihkanlah sedikit makanan untuk anak-anak supaya mereka dapat berkongsi makanan dengan rakan-rakan di sekolah. Amalan ini juga membantu mengeratkan hubungan anak-anak dengan rakan mereka.

5. Tunjukkan Teladan Baik

Anak-anak yang baru membesar sangat mudah meniru dan mencontohi apa yang dilakukan ibu bapa mereka, mak dengan itu tunjukkanlah teladan yang baik kepada anak-anak. Ringankanlah tangan untuk sentiasa memberi sedekah supaya anak-anak anda akan mencontohi sikap yang sama.

6. Beri Wang Lebih Kepada Anak

Ketika memberi wang belanja kepada anak-anak, sekali-sekala lebihkan sedikit wang dan minta mereka belikan kuih muih atau minuman dan berikan sedekah makanan itu tadi kepada orang lain seperti rakan-rakan, tukang kebun atau pengawal keselamatan sekolah.

7. Libatkan Diri Dalam Kerja Amal

Memberi sedekah tidak semestinya hanya dengan wang ringgit sahaja. Sekali sekala libatkan anak dalam program atau kerja-kerja amal. Dengan cara ini dapat memupuk rasa syukur dan belajar memahami perasaan mereka yang kurang bernasib baik.

bersedekah

bersedekah

Dari Amr bin Auf, ia berkata : Rasulullah SAW bersabda

” Sesungguhnya sedekah seorang Muslim itu akan

memanjangkan umurnya, dan mencegah dirinya daripada kematian

yang buruk, serta Allah jadikan dia sebagai penghapus

dosa, kesombongan dan keangkuhan “

(HR Thabrani)

Semoga bermanfaat.

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/