7 Ciri Ayah Sempurna

ayah sempurna
ayah sempurna

ayah sempurna

Apakah ciri yang perlu ada pada seorang lelaki yang sudah berkahwin untuk menjadi seorang ayah sempurna. Untuk menjadi seorang ayah sempurna anda perlulah pandai mengambil hati anak-anak kecil, seorang yang cintakan kanak-kanak. Zaman sekarang, ramai lelaki sudah berubah. Mereka tidak lagi sanggup untuk menggendong, memandikan apatah lagi untuk bermain dengan anak. Tetapi adakah semua lelaki begitu? Apakah yang dimaksudkan dengan lelaki yang bakal menjadi suami dan ayah yang baik? Berikut adalah 7 ciri suami yang bakal menjadi ayah sempurna.

1. Bertolak Ansur

Kesalahan adalah kunci kejayaan dalam hidup. Dengan kesalahan kita tahu mana yang betul dan mana yang salah. Anak sering melakukan kesalahan. Oleh itu menjadi tanggungjawab seorang ayah sempurna untuk membetulkan dan bertoleransi dengan kesalahan apa yang dilakukan.

2. Sabar
Memiliki anak sangat memerlukan kesabaran yang tinggi. Seorang anak pastinya akan merengek, menangis dan sebagainya. Ayah sempurna yang baik adalah mereka yang mempunyai tahap kesabaran yang tinggi dan mampu mengatasi masalah anak dalam keadaan apa sekali pun.

3. Melayan Anak Dengan Baik
Cuba lihat bagaimana suami anda melayan anak anda. Jika ia layan dengan baik, itu petanda berapa baiknya ia akan menjadi seorang ayah sempurna nanti.

4. Sanggup Melakukan Kerja Rumah
Suami yang baik, tidak berkira untuk melakukan kerja rumah dengan isteri. Begitu juga komitmen dan kasih sayangnya terhadap anak ayah sempurna yang senantiasa menghiburkan anak-anak dan menggembirakan mereka walaupun dalam keadaan penat dan tidak sihat.

5. Rela Mengorbankan Kesenangan Peribadi

Bila suami sanggup untuk mengorbankan kesenangan peribadi demi kesenangan anak dan isteri, sayangi dan cintailah beliau kerana dia adalah seorang suami dan ayah sempurna yang unggul. Ini kerana masih ada sesetengah suami yang masih terikat dengan hobi hingga terabai anak dan isteri.

6. Tidak Takut Untuk Kelihatan Mengarut
Bila suami anda adalah lelaki yang kurang malu dalam sesetengah perkara, itu merupakan tanda ia adalah seorang ayah sempurna yang tidak kisah untuk dimalukan oleh anak-anak kecil anda. Ia tidak kisah bila kukunya di warnakan oleh anak perempuannya ataupun terpaksa memakai kostum buruk untuk menghiburkan puteranya.

7. Bersedia Untuk Merawat Anda Ketika Sakit
Untuk menjadi suami dan ayah sempurna yang baik adalah sentiasa sedia untuk merawat isteri ketika sakit. Bahkan tidak merasa geli jika anda muntah dihadapannya.

Kesimpulannya, sebagai seorang ketua keluarga dan untuk menjadi seorang ayah sempurna anda hendaklah bersikap tegas, bertolak ansur, penyayang dan mengambil berat tentang hal anak-anak. Jangan mengambil ringan masalah anak-anak dan jadilah seorang pendengar yang setia untuk menyelesaikan masalah mereka. Jangan biarkan anak-anak anda menjadi seorang yang pendiam dan memendam rasa.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/