7 Fakta Hari Nakbah

Hari Nakbah
Hari Nakbah

Hari Nakbah

Hari Nakbah bermaksud hari kecelakaan ataupun dalam bahasa arabnya disebut malapetaka. Ini berikutan pengisytiharan negara haram Israel yang merampas tanah penduduk Palestin secara paksa, kekerasan dan keganasan.

Pada Hari Nakbah juga rakyat Yahudi menyambut hari kemerdekaan bagi negara haram Israel mereka yang pertama dan lebih menyedihkan lagi dunia hanya mendiamkan sahaja kekejaman yang dilakukan oleh askar Israel dengan mengusir semua penduduk Palestin dari tanah tumpahnya darah mereka setelah lama mendiami sejak zaman nenek moyang mereka lagi.

Pada artikel kali ini admin ingin kongsikan bersama pembaca 7 fakta Hari Nakbah yang boleh dijadikan pengajaran untuk semua umat Islam di negara kita agar bersatu padu dan mempertahankan tanah air daripada dicerobohi dan dijajah oleh orang luar.

nakba-malay-poster1

1. Hari Kemerdekaan Negara Haram Israel

15 Mei 1948 juga dikenali sebagai peristiwa Hari Nakbah, dalam bahasa arab bermaksud “malapetaka”, merujuk kepada peristiwa pengisytiharan negara haram Israel dan disambut sebagai hari kemerdekaan Israel setelah berjaya merampas tanah air penduduk Palestin.

2. Pengusiran Besar-Besaran

Dalam peristiwa Hari Nakbah itu, lebih 700,000 rakyat Palestin diusir keluar meninggalkan kampung halaman, harta benda, perniagaan dan terpaksa melarikan diri ke Syria, Lubnan, Tebing Barat, Jordan dan Semenanjung Gaza.

3. Diskriminasi Oleh Bangsa Yahudi

Sebahagian rakyat Palestin masih kekal mendiami tanah haram Israel dan tertakluk kepada peraturan Israel. Namun terdapat lebih 20 undang-undang keistimewaan diwujudkan untuk dinikmati oleh bangsa Yahudi ke atas penduduk bukan berbangsa Yahudi.

4. Jumlah Sebenar Pelarian Palestin

Data pada tahun 2012 mencatatkan terdapat sekurang-kurangnya 4.4 juta pelarian Palestin berdaftar dengan PBB yang juga merupakan generasi kedua dan ketiga yang tidak pernah menjejak bumi tanah air mereka.

5. Kekejaman Dan Pembunuhan Oleh Askar Israel

Penduduk Palestin tidak hanya dihalau. Ada yang dibunuh di perkampungan masing-masing seperti yang berlaku di Deir Yassin dan Tantura.

6. Penghapusan Etnik Palestin

Sudahlah dihalau dari tanah air, peristiwa di kem pelarian Sabra & Shatila membuktikan betapa kejamnya rejim Zionis sehingga sanggup membunuh, menyembelih dan menghapuskan etnik Palestin tanpa sedikit pun rasa bersalah.

7. PBB Boneka Israel

Pelarian Palestin tertakluk kepada undang-undang antarabangsa yang membenarkan mereka untuk kembali ke tanah air mereka. Sehingga kini hak tersebut tidak dihiraukan oleh Israel.

Kesimpulan

Bersempena dengan ulangtahun memperingati Hari Nakbah, marilah kita sama-sama menghulurkan tangan menolong dan berdoa akan kesejahteraan serta keselamatan saudara-saudara kita di Palestin. Ini kerana hidup mereka saban hari sentiasa ditindas oleh askar Israel dan penduduk haram Yahudi yang merampas tanah milik mereka dan menzalimi rakyat Palestin.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/