7 Hobi Rangsang Minda

unnamed
Hobi Rangsang Minda

Hobi Rangsang Minda

Ada beberapa jenis hobi atau minat yang boleh merangsang minda seseorang itu agar menjadi lebih pintar dan bijak. Sejak dahulu, kita percaya bahawa setiap dari kita lahir dengan tahap kepintaran berbeza. Ada yang sejak kecil lagi menunjukkan ciri-ciri kebijaksanaan dan ada juga yang sebaliknya.

Tapi bagi yang dilahirkan dengan tahap kepintaran biasa-biasa saja janganlah rasa rendah diri. Melalui kajian sains, membuktikan bahawa setiap manusia mampu meningkatkan tahap kepintaran mereka dan pada masa yang sama menikmati proses tersebut. Menurut saintis, antara yang boleh dilakukan untuk tujuan ini adalah mempelajari kemahiran baru. Ia akan mencipta jalan atau ruang baru yang membuat otak bekerja cepat dan lebih baik. Selain itu, saintis menyarankan tujuh hobi ini untuk membantu otak jadi lebih pintar.

1. Hobi Meditasi

Ia satu keadaan teknik mengawal minda untuk melakukan apa yang anda mahu. Anda boleh berasa lebih yakin, berkuasa melalui meditasi. Ini bermakna otak mampu melakukan perkara yang lebih jika anda menginginkannya dan fokus.

Jordan Carver Yoga 2_thumb

2. Permainan Melatih Otak

Sudoku, puzzle, teka-teki, video games, permainan kad adalah antara yang dapat meningkatkan neuroplasticity. Ia berkait dengan kemampuan otak untuk menata atau mengurus. Peningkatan neuroplasticity ini membolehkan anda melihat sesuatu dari sudut pandangan berbeza dan memahami punca dan kesan terhadap sesuatu perlakuan selain meningkatkan kemahiran kognitif. Mereka yang memiliki neuroplasticity tinggi juga biasanya tidak mudah panik ketika berdepan keadaan cemas dan depresi.

863018806_285

3. Uji Apa Yang Anda Pelajari

Ramai pelajar hari ini membaca berjaya mengumpul banyak informasi pada menjelang peperiksaan. Masalahnya, apa yang dipelajari ini mudah dilupakan kerana mereka tidak menggunakannya selepas itu. Salah satu alasan belajar bahasa baru membantu melatih otak lebih pintar adalah ia memerlukan anda sentiasa mengulang dan menggunakannya. Oleh itu sentiasa uji apa yang telah anda pelajari dan belajar lebih banyak perkara baru.

unnamed

4. Hobi Bermain Alat Muzik

Hobi ini dapat meningkatkan kreativiti, kemampuan menganalisis, bahasa, matematik, gerak motor otot dan banyak lagi kelebihan. Bermain alat muzik seperti piano, gitar, biola dan sebagainya akan menguatkan corpus callosum-bundel, saraf yang menghubungkan otak kiri dan kanan. Corpus callosum yang kuat dapat membantu manusia meningkatkan kemahiran, memori dan penyelesaian masalah tanpa mengira usia.

kursus-musik

5. Membaca Buku

Membaca buku tak kira apa jenis dari surat khabar sampaikan buku kanak-kanak memberikan manfaat yang sama untuk otak. Hobi ini menurunkan stres dan meningkatkan tahap kepintaran. Sekiranya anda suka membaca, kemampuan anda untuk menyelesaikan masalah, memisahkan informasi, mengesan pola, memahami proses dan merespon  terhadap perasaan orang lain akan menjadi lebih baik.

heidi-hankins

6. Senaman

Melakukan senaman secara teratur lebih baik berbanding dilakukan sesekali dengan intensiti tinggi. Apabila anda bersenam sel tubuh akan dipenuhi dengan BDNF, iaitu unsur protein yang membantu kemampuan mengingati, belajar, fokus, dan pemahaman. Sementara itu ada kajian yang dibuat mendapati mereka yang selalu duduk dalam waktu lama akan membuat otak tidak mampu bekerja maksimum.

bike

7. Belajar Bahasa Asing

Lupakan bermain puzzle sebaliknya cuba belajar bahasa asing. Kajian menunjukkan mereka yang boleh bercakap lebih dari satu bahasa memiliki kemampuan menyelesaikan puzzle lebih baik daripada yang hanya boleh bertutur satu bahasa saja.

ahloo-anak-jenius-31kkgkp5gqopmeiu2hlgjk

 

Bagi ibu bapa, anda boleh praktikkan hobi ini pada anak-anak sejak kecil. Lagi awal lagi bagus, bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/