7 Jenis Bentuk Batang Zakar

Jenis Bentuk Batang Zakar
Jenis Bentuk Batang Zakar

Jenis Bentuk Batang Zakar

Batang zakar adalah senjata setiap lelaki yang mempunyai pelbagai bentuk dan saiz yang berbeza mengikut individu itu sendiri. Sebagai senjata utama ketika beradu di ranjang, setiap lelaki menjaga batang zakar seperti menatang minyak yang penuh. Malah secara tidak sedar lelaki akan melindungi batang zakar mereka ketika bahaya.

Namun begitu, sebagai salah satu organ pada tubuh manusia, batang zakar juga tidak terlepas dari penyakit yang cukup sinonim dengan manusia. Selain penyakit zakar yang biasa kita dengar seperti Sifilis dan ‘Gonorrhea’, terdapat beberapa penyakit dan bentuk zakar yang jarang diketahui, dan jarang didedahkan.

Penyakit-penyakit zakar yang mempengaruhi bentuk batang zakar ini bunyinya agak pelik, dan definisi atau penerangannya juga agak pelik, dan kelihatan seperti tak mungkin akan berlaku. Tetapi hakikatnya bentuk batang zakar ini wujud, dan benar-benar berlaku.

Berikut di bawah ini adalah 7 jenis bentuk batang zakar lelaki yang terjadi sejak lahir dan juga berpunca daripada penyakit zakar untuk pengetahuan anda di Petua Bahagia. Jangan pandang ringan dan berjumpa dengan pakar sakit tuan untuk maklumat lanjut dan terperinci.

1. Keras Tiga Bulan

Selepas membuat tatu nama teman wanita pada zakarnya, seorang lelaki mengalami ereksi pada batang zakar berlanjutan selama 3 bulan, diikuti dengan separa ereksi selepas itu. Ini berlaku kerana jarum tatu masuk terlebih dalam pada batang zakar, seterusnya menyebabkan pengaliran darah yang abnormal pada zakar lelaki tersebut.

Oleh kerana doktor menyatakan beliau masih boleh menjalani hubungan seksual secara normal, lelaki tersebut meneruskan kehidupan beliau seperti biasa tanpa mendapatkan sebarang rawatan.

2. Batang Zakar Patah

Walaupun batang zakar anda tidak mempunyai tulang, jangan terkejut sekiranya zakar anda juga boleh patah. Batang zakar anda mempunyai tiub atau saluran yang dikenali sebagai ‘corpus cavernosa’, iaitu tiub yang dipenuhi dengan darah ketika anda terangsang dan zakar anda anda keras.

Jika tiub ini terlebih bengkok ketika hubungan seks, tiub ini boleh pecah dan darah akan memenuhi zakar anda, menyebabkan bengkak, atau lebih teruk lagi hilang keupayaan seksual jika tidak dirawat dengan segera.

3. Keras Tapi Sakit

Plak yang terbina di dalam batang zakar boleh menyebabkan penyakit yang dikenali sebagai ‘Peyronie’, yang menyebabkan zakar sedikit melengkung, sekaligus zakar akan berasa amat sakit ketika keras. Lebih menakutkan antara 65,000 hingga 120,000 lelaki pertengahan umur didiagnos dengan penyakit ini setiap tahun di Amerika Syarikat. Penyakit ini boleh diubati dengan dengan ubat-ubatan, tetapi ini juga tidak menjamin individu yang mengalami penyakit ini sembuh 100%.

4. Invaginated

Penyakit zakar yang ini tiada istilah di dalam Bahasa Melayu. Istilah “Invaginated” diilhamkan daripada perkataan “vagina”, iaitu faraj wanita. Apa kaitan faraj dengan penyakit zakar ini? Invaginated adalah situasi di mana batang zakar ditolak masuk ke dalam tubuh dengan tekanan yang kuat, sehingga keseluruhan zakar tersekat dan tidak dapat dikeluarkan. Walaupun situasi ini kelihatan mengerikan bagi kaum lelaki, penyakit ini adalah terpencil dan hanya berlaku dalam situasi tertentu seperti kemalangan motosikal.

Penyakit ini boleh disembuhkan dengan pembedahan, di mana batang zakar akan ditarik keluar semula ketika pembedahan berlangsung. Kadar untuk pesakit sembuh sepenuhnya adalah tinggi dan zakar boleh berfungsi dengan normal semula setelah pesakit disembuhkan.

5. Zakar Saksofon

Penyakit zakar yang ini mengabitkan batang zakar bengkok seperti saksofon, sesuai dengan nama yang diberikan kepada penyakit ini. Penyakit zakar ini juga dikenali sebagai “ram’s horn” atau jika diterjemahkan ke Bahasa Melayu berbunyi tanduk kambing. Penyakit ini diakibatkan oleh jangkitan pada limpa, atau jangkitan bakteria yang diakibatkan oleh penyakit kelamin yang dinamakan sebagai ‘Chlamydia’. Penyakit zakar ini adalah unik dan jarang-jarang sekali berlaku kepada lelaki.

Pakar perubatan menyatakan bengkak-bengkak yang berlaku pada zakar apabila seseorang dijangkiti penyakit ini boleh disembuhkan dengan ubat-ubatan, tetapi kondisi zakar yang bengkok mungkin sukar untuk diubati. Individu yang dijangkiti penyakit ini mungkin sukar untuk menjalani kehidupan seks yang normal disebabkan oleh keadaan fizikal zakar mereka.

6. Wayar Urat Berselirat

Pembedahan pada usus besar atau rawatan kanser prostat dalam sesetengah kes terpencil, boleh mengakibatkan keadaan yang dinamakan ‘fistula’.  Keadaan ini adalah di mana tisu yang menyambungkan saluran kencing kepada dubur terkoyak. Simptom utama jika situasi ini berlaku kepada seseorang individu ialah air kencing akan menitik keluar dari lubang dubur, dan najis mungkin boleh memasuki saluran kencing dan pundi kencing. Penyakit terpencil ini boleh diubati melalui pembedahan, tetapi proses penyembuhan selepas pembedahan memakan masa yang sangat lama.

Ikan Pencungkil Gigi

Di dalam Sungai Amazon, terdapat sejenis ikan yang dinamakan ikan ‘candiru’. Ikan ini dikenali sebagai ikan pencungkil gigi kerana saiznya yang sangat kecil. Apa kaitannya ikan ini dengan zakar anda? Ikan ini telah dikenalpasti boleh dan akan memasuki lubang pada zakar lelaki yang sedang berenang. Ini kerana ikan-ikan ini keliru dengan bukaan lubang saluran kencing pada zakar denga tempat persembunyian mereka. Setelah masuk ke dalam zakar, ikan-ikan ini akan melekat di dalam zakar dan menjamu selera mereka dengan darah anda. Ikan-ikan ini boleh dikeluarkan daripada zakar, tetapi proses mengeluarkan ikan-ikan ini adalah amat sukar dan seperti yang anda bayangkan, sangat sakit!

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/