7 Jenis Ego Lelaki

Ego
Ego

Ego

Apa itu ego lelaki? Ego lelaki bermaksudĀ merupakan satu sikap lelaki dimana tidak mahu mengalah dan merasakan bahawa dirinya sentiasa betul, keras kepala dan tidak kenal erti putus asa.

Kebiasaannya seseorang lelaki itu tidak dapat menerima hakikat apabila dirinya dilabelkan sebagai seorang yang ego. Mereka kadangkala tidak menyedari bahawa sifat itu memang sudah lama ada dalam diri mereka.

Yang membezakannya hanyalah tahap ego lelaki itu. Berdasarkan kajian, wanita yang bekerjaya mempunyai tahap ego yang lebih tinggi berbanding wanita yang tidak bekerja. Itu hanyalah kajian yang dilakukan, ini tidak bermakna semua wanita bekerjaya itu ego. Lelaki juga begitu. Tetapi, jika dalam sesebuah perhubungan antara lelaki dan wanita sebagai contoh hubungan suami isteri, kebiasaannya suami mempunyai tahap keegoan yang lebih tinggi berbanding si isteri.

Untuk lelaki usah biarkan ego mengawal diri kita, sebaliknya kitalah yang perlu mengawal ego tersebut.

Ego ini perlu sebagai satu bentuk keyakinan iaitu yakin terhadap diri sendiri dan dalam membuat keputusan. Tetapi janganlah berlebihan kerana jika berlebihan ia umpama menyerlahkan kebodohan kita kepada orang ramai.

Kali ini admin ingin kongsikan senarai tanda ego lelaki yang mungkin korang tidak sedar wujud dalam diri. Sila perhatikan tanda-tandanya di bawah :

1. Penting diri sendiri

Ego bukan saja membabitkan faktor persekitaran, tapi juga emosi. Bagi korang, perasaan orang lain tak perlu dijaga dan dibiarkan saja disakiti. Yang penting, korang saja mampu gembira dan ia datang daripada tindakan rakan. Tapi cuba letakkan diri kamu di tempat dia, mungkin korang akan merasai kesakitan yang sama.

2. Perasan Bagus

Ketika berbual dengan rakan, korang sering memuji diri sendiri seperti fizikal dan penampilan. Hal ini membuktikan korang suka membandingkan diri sendiri dengan orang sekeliling. Disebabkan ego, korang mungkin dijauhi kenalan baik dan sesiapa saja yang ingin rapat dengan korang.

3. Ikut Suka Kepala Sendiri

Berilmu bukan bermakna korang berhak menentukan setiap tindakan. Tindakan korang yang inginkan semuanya dilakukan mengikut cara korang sebenarnya hanya mencerminkan sikap ego. Sebagai contoh, sekiranya ada perbincangan, korang akan mengaku hanya idea serta cara korang yang betul dan menidakkan pandangan orang lain.

4. Keinginan Untuk Berubah

Kelemahan diri perlu diatasi, namun tidak membataskan kepada identiti diri korang yang sebenar. Andai kata korang seorang yang rendah diri, korang kerap rasa tidak selesa apabila rakan korang sering dipuji lebih bagus. Situasi ini boleh menyebabkan diri korang rasa tercabar seterusnya berusaha ingin menutup kelemahan korang sehingga boleh lupa diri.

5. Dahagakan Perhatian

Tak salah ingin melawak atau bergurau senda sekali sekala. Namun, ia akan memperlihatkan korang seorang yang ego jika dilakukan secara berlebihan. Bagi si ego, apa yang penting hanyalah dirinya yang perlu diberi perhatian sepanjang masa.

6. Taksub Dengan Impian

Korang seorang yang kerap berfikir malah boleh dikatakan mempunyai impian dan matlamat yang besar pada masa hadapan. Namun, kerana terlalu berpegang teguh dengan prinsip sendiri, korang gemar lakukan semua perkara seorang diri kerana tidak mahu dipandang lemah.

7. Bangga diri

Tanda lain korang jenis seorang yang ego ialah sikap korang yang gemar menceritakan hal tidak benar untuk meyakinkan korang istimewa. Namun, suatu hari nanti korang akan sedar apa saja jalan hidup yang dipilih, kisahnya tak semestinya ditokok tambah hanya sekadar menunjukkan siapa korang sebenarnya mampu berjaya.

Produk Kesihatan Seks Lelaki

Produk Kesihatan Seks Lelaki

dapatkan sekarang

 

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/