7 Jenis Gila Meroyan

meroyan
meroyan

meroyan

Meroyan dari sudut perbidanan Melayu ia disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon dan ketidakwarasan darah nifas ketika dalam tempoh berpantang bagi ibu mengandung. Kebelakangan ini kita banyak dikejutkan banyak kes meroyan yang melibatkan ibu-ibu muda. Faktor utama berlakunya meroyan ini adalah kerana suami tidak bersama-sama di dalam menguruskan hal-hal bersalin si isteri. Semua urusan diserahkan bulat-bulat kepada isteri dari mula mengandung hingga melahirkan anak manakala kami hanya mengambil sikap berlepas tangan. Ini amat merbahaya kepada nyawa bayi itu sendiri kerana orang yang meroyan ini seolah-olah hilang ingatan dan kerana geramkan sikap dan perangai suami anak atau bayi yang menjadi mangsanya.

Berikut di bawah adalah 7 jenis gila meroyan yang perlu anda ambil tahu :

1. Meroyan Kulit

Simpton meroyan kulit si ibu akan merasa gatal serta miang seluruh badan dan tergaru-garu seperti kelakuan kera. Itu tandanya darah kotor tak habis keluar jadi kekotoran itu keluar melalui liang roma peluh. Ini akan berterusan jika darah-darah nifas tidak habis dikeluarkan sepanjang tempoh berpantang.

2. Meroyan Bulu

Simpton meroyan bulu si ibu akan sentiasa seram sejuk selepas bersalin. Jika berlarutan, si ibu tadi akan mula menghidap rheumatoid arthiritis atau keradangan sendi. Ini berlaku apabila ibu banyak bermain air dan bersejuk-sejuk ketika dalam pantang (tidak memakai baju sejuk dan stokin kaki).

3. Meroyan Tinggal

Si ibu tiba-tiba asyik berleter, bercakap seorang diri dan mengambil peluang melarikan diri dari rumah. Si ibu tadi mungkin tidak mahu menjaga bayinya sendiri dan ada tahap sehingga bertindak ganas.

4. Meroyan Lendir

Wajah si ibu sentiasa pucat, lesu, mata pudar, keguguran rambut dan badan menjadi susut. Keguguran rambut yang begitu ketara sehingga kebotakan. Ia juga akan mengalami masalah dingin seks terhadap suami serta menjadi penyebab utama apabila darah kotor dan angin jahat di dalam tubuh tidak dikeluarkan sepenuhnya sepanjang tempoh berpantang.

5. Meroyan Urat

Si ibu mengalami ketegangan urat saraf sehingga sentiasa mengeraskan diri seperti mengalami kekejangan otot. Kebiasaannya berlaku ketika cuaca sejuk, atau jika si ibu tersilap makan benda-benda yang bersifat sejuk. Ianya berlaku ke atas ibu-ibu yang melakukan kerja-kerja berat atau banyak menggunakan urat besar sejurus lepas bersalin.

6. Meroyan Ketung

Si ibu menjadi murung, hiba, sayu, mudah menangis, cepat terasa dan adakalanya kelihatan seperti orang yang bodoh. Ianya berlaku kepada ibu yang kehilangan anak ketika melahirkan dan ada yang sehingga membunuh diri akibat tidak dapat menerima kenyataan.

7. Meroyan Api

Si ibu akan menjadi seorang yang bengis, panas baran, cepat marah sehingga ke tahap menjerit-jerit dan lupa diri seperti orang yang terkena serangan histeria. Dan mood swing yang amat ketara sehingga perubahan sikap secara mendadak bila dalam keadaan haid.

Yang penting untuk diingati tentang meroyan atau kemurungan posnatum ialah dengan bantuan yang sesuai, anda akan pulih. Ia boleh dirawat dengan:

Terapi berbual
Berbincang dengan suami atau seorang rakan mungkin membantu, tetapi kadangkala mungkin sukar bagi mereka memahami apa yang dilalui oleh anda. Doktor andalah orang utama yang boleh membantu.

Antidepresi
Antidepresi bertindak dengan mengimbangkan kimia-kimia dalam otak anda. Ianya menambahkan jumlah hormon serotonin, bagi meringankan perasaan, menyenangkan tidur dan mengurangkan rasa nak marah. Semoga bermanfaat.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/