7 Jenis Hasad Dengki

hasad dengki
hasad dengki

hasad dengki

Hasad dengki ataupun perasaan iri hati ini adalah satu perasaan di mana timbulnya ketidakpuashatian terhadap nikmat orang lain… Waktu zaman sekolah dulu selalu kita dengar perkataan PHD…dah menjadi macam satu trend pulak..dan ayat yang biase kita dengar “weh..ko baik-baik sikit dia tu ada PHD” –kalau yang faham…oklah tapi kalau yang lurus bendul mesti dia ingat orang tu ada sijil kelulusan “Doctor of Philosophy”..tapi yang sebenarnya Penyakit Hasad Dengki..hehe.. Hamboii..nampak tak ayat admin macam mane?…serius ke tak serius?..jangan bangun selagi tak habis baca ok penting ni…

Hasad dengki ini salah satu sifat mazmumah yang dibenci Allah. Sebenarnya jika ada diantara manusia yang mempunyai sifat hasad dengki ini, ia tidak meredhai ketentuan Allah SWT kerana dia tidak dapat menerima kelebihan orang lain yang dikurniakan oleh Allah dikalangan hamba-hambanya.

Sifat hasad dengki ini dapat dikesan ada pada seseorang berdasarkan ciri-ciri dibawah :

hasad dengki

hasad dengki

1. Menginginkan atau menghendaki nikmat yang diperoleh orang lain hilang dan beralih kepadanya.

2. Tidak suka melihat orang lain mendapat nikmat yang lebih daripadanya atau sama sepertinya dalam sesuatu perkara yang baik.

3. Sentiasa dalam keadaan berdukacita dan iri hati pada orang lain yang akhirnya akan menimbulkan fitnah dan hasutan yang boleh membawa kepada bencana dan kerosakan.

Terdapat beberapa faktor yang mendorong kepada sifat hasad dengki ini:

1. Merasa diri sangat mulia 

Dengan adanya perasaan hasad dengki ini, seseorang itu akan berasa tercabar jika ada sesiapa yang dianggap mengatasi dirinya. Jika ada orang lain mendapat lebih rezeki, pangkat, kuasa, dia bimbang kalau-kalau orang tersebut akan bersikap sombong terhadapnya. Dia tidak boleh tahan dan tidak boleh terima.

2. Perasaan permusuhan dan kebencian  

Ini adalah sebab yang paling banyak menimbulkan perasaan hasad dengki. Hal ini berlaku apabila seseorang disakiti oleh sebab-sebab tertentu yang menyebabkannya marah dan seterusnya membawa kepada perasaan dendam dan dengki yang mengundang tingkahlaku yang agresif yang dapat memuaskan hatinya.

3. Ujub

Ujub atapun sifat bangga diri ini menyangka dirinya sempurna, timbul sangkaan bahawa dirinya seorang yang sempurna dari pelbagai segi dan menyangka orang lain tidak berupaya melakukan apa yang dia dapat lakukan. Oleh kerana itu, maka timbullah perasaan hasad dengki dengan menghina dan memperkecil-kecilkan orang lain.

4. Takabbur

Seseorang yang suka membesarkan diri terhadap orang lain. Dia juga suka memperkecilkan dan mempergunakan seseorang untuk kepentingan dirinya, juga menyukai orang yang mematuhinya. Jika orang berkenaan memperolehi sesuatu kurnia, dia risau orang itu tidak akan mematuhinya dan boleh jadi ia menganggap orang tersebut akan cuba bersaing dengannya.

5. Takut terlepas peluang 

Perasaan hasad dengki ini biasanya wujud dikalangan orang yang berlumba-lumba merebut sesuatu habuan. Setiap orang akan dengki-mendengki antara satu sama lain lebih-lebih lagi kepada saingannya yang mempunyai satu kelebihan yang membolehkannya mendapat habuan yang mereka inginkan.

6. Ghairah pada pangkat dan populariti

Apabila seseorang yang terlalu ghairah mengejar pujian dan pangkat- bahawa dialah satu-satunya pakar dan tiada tandingannya telah menguasai dirinya,tiba-tiba dia mendengar ada orang yang dapat menandinginya dia akan merasa resah yang suka jika tandingannya itu mati sahaja atau kemahirannya menurun dan pupus.

7. Busuk hati

Jika sifat hasad dengki ini ada pada seseorang bermaksud yang dia tidak suka kebaikan yang diperolehi oleh hamba Allah yang lain. Apabila disebutkan kesenangan sesiapa terasa hatinya sempit mendengar perihal tersebut, tetapi apabila dia mendengar tentang kegagalan, kesusahan dan nasib malang yang menimpa orang lain, dia berasa sangat gembira.

doa

doa

Agak-agak ada tak ciri-ciri hasad dengki yang admin sebutkan di atas tadi termasuk dalam diri korang?..hehe.. Sesungguhnya sebagai seorang manusia kita hendaklah menerima segala apa kurniaan yang Allah beri kepada hamba-hambanya dengan hati yang terbuka. Ini kerana setiap kesenangan yang diperoleh bermula dengan kesusahan. Jika kita lihat ada orang berjaya, mungkin sebelum itu dia menghadapi kesusahan yang teruk yang kita tidak tahu. Jadilah seorang yang pemaaf dalam apa jua masalah kerana itu lebih baik daripada menyimpan dendam dan dengki kerana dengan maaf hati kita lebih bersih dan lapang… Sekian, harap bermanfaat.

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/